Fahaman Khawarij yang semakin menular.




Cuba fikirkan, adakah mereka yang menuturkan kata bunuh ini seorang yang arif agama? Pada aku, tidak. Kalau dia seorang yang arif agama, maka tidak begini tuturnya. Dan kalau dia memang mahir agama, maka sudah pasti dia bukan orang yang mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.


Persoalannya, kenapa orang yang tidak mahir agama boleh sampai seberani ini mengeluarkan kata-kata yang beracun sebegini?


Ini kerana hasutan yang dikeluarkan oleh puak yang gelarkan diri mereka ustaz atau ulama, yang kemudian bersifat ego enggan terima ditegur. Mereka ini yang menanamkan rasa benci keterlaluan sehingga telah mempengaruhi fikiran mereka yang tak mahir agama.


Mereka yang gelarkan diri ustaz ini tidak ada dalam diri mereka sifat tabaiyun. Walaupun acap kali terjadi video yang viral telah dikerat-kerat, tapi tetap mereka enggan ambil pelajaran dan langsung percaya kepada apa yang tersebar. Masih enggan faham fitnah yang dibawa oleh kemajuan teknologi hari ini.


Nak hentikan fahaman Khawarij yang kian membarah di negara kita ini, tidak ada cara selain dari hentikan sebarang jenis kuliyah atau ceramah hang menyeru kepada racun kebencian melampau seperti ini.


Sudah masa untuk mereka yang gelarkan diri ustaz ini dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka sebar. Kini masanya untuk pihak autoriti seperti polis masuk campur. Mereka yang menyebarkan dakyah kebencian perlu ditahan dan didakwa. Bukan sahaja yang beri komen ini, tapi mereka yang menyebabkan komen seperti ini terhasil juga mesti didakwa.


Kita tak mahu fahaman ekstremis dan ganas seperti ini menjadi budaya dalam negara kita. Kalau ini tidak disekat sekarang, kita sebenarnya merencana masa depan yang lebih buruk untuk negara kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.