Tengok berita petang tadi, ada pegawai TLDM ditahan SPRM. Semalam rasanya polis. Kemudian ada pula pegawai syarikat.
Aku rasa SPRM macam lepas geram. Habis sana sini kena selongkar. Menggelatat lari tikus bila kucing dah mula buat kerja.
Sebelum ini tak nampak usaha SPRM. Alhamdulillah, ternyata Madani mengotakan janji untuk membanteras rasuah habis-habisan.
Begitu juga dengan pihak imigresen. Dalam 16 hari di tahun 2024 ini sudah ada 714 operasi dibuat dan beribu PATI diberkas.
Bukan itu sahaja ada 35 majikan yang ditahan. Usaha membanteras PATI juga seingat aku tak pernah lagi seserius ini.
DBKL juga giat kini menggempur rakyat asing yang berniaga di KL. Manakala KPDN juga aktif menyerbu kedai-kedai yang menyorok bahan mentah bersubsidi dan terbaru memberkas penyeludup diesel.
Ini perubahan yang jelas. Baru pertama kali dalam hidup aku melihat agensi kerajaan seaktif ini.
InsyaAllah, kalau usaha ini berterusan, aku percaya kita tak perlukan masa terlalu lama untuk menjadi sebuah negara yang hebat. Guane boh?
Raja Gelap II
.