TENGOK PADANG ...







Mohd Fairul Al Qasas


 Isu padang SNBJ mendapat perhatian warganet dengan hebatnya.  Adakah kerana mereka peminat bola sepak atau peminat politik?


Ramai juga yang komen menyalahkan konsert yang diadakan di sana. Sedangkan sejak sekian lama memang konsert diadakan di stadium.


Salah satu sebab Tony Fernandes dilantik jadi Pengerusi PSM dulu adalah kerana bagi membolehkan SNBJ menjadi arena penting antarabangsa.


Sumber pendapatan SNBJ yang terbesar adalah dari penganjuran bukan sukan. Duit tu penting untuk selia baik stadium dan juga bantu pendapatan hiliran negara.


Saya kira bagus juga PSM mohon maaf, akui kesilapan dan akan tambah baik SOP.


Yang sebenarnya memang kena kaji SOP. Kena tahu jarak sesuai sesuatu penganjuran.


Saya juga dengar video Pengerusi PSM, Saudara Hans. Beliau ada sebut, konsultan padang, iaitu syarikat yang sama pasang rumput di JDT dah bagi nasihat,  sempat katanya. 


Memang begitulah,  Pengerusi bukan tahu semua, mesti dapatkan nasihat.  Tapi biasalah Pengerusi kena hambus,  kena tanggung lah sesuai dengan jawatan dan gaji.


Tapi nak kata dia bodoh sebab bukan ahli sukan ke, tak betul lah...sebelum ni pun bukan ahli sukan juga. Hans pula artis yang terlibat dengan aktiviti seni, sesuai juga sebab sebahagian pendapatan SNBJ adalah dari aktiviti seni.


Malam ni ramai nak tengok bola ke nak tengok padang?



No comments: