Jom report polis ke atas Hj Hadi Awang


Sabri Chong Abdullah


*DRAF LAPORAN POLIS*


Saya (Nama/No KP/alamat) ingin membuat laporan polis supaya satu siasatan dapat dibuat terhadap YB TS Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang berkaitan penulisan beliau dalam Minda Presiden PAS dengan tajuk *"Cara Orang Munafik Menentang Islam Diikuti Israel dan PH"* yang telah disiarkan dalam Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada 6 Disember 2023 dan juga disebar luas dalam rangkaian media-media sosial yang lain.


Beliau antara lain menyatakan :


_"Maka, konsep yang diguna pakai oleh Pakatan Harapan (PH) menepati demokrasi yang diamalkan oleh Israel terhadap Kerajaan Hamas di Palestin yang memenangi pilihanraya dan mencapai majoriti yang mencukupi._


_Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti minoriti kini memimpin kerajaan boneka pragmatik liberal. Situasi ini sama seperti PLO yang mencapai keputusan minoriti diberikan hak bagi menubuhkan kerajaan dengan sokongan Zionis Israel dan Amerika Syarikat._


_Pendekatan pemerintahan mereka  sama seperti pendekatan golongan munafiq pada zaman Rasulullah SAW terhadap mereka yang beriman supaya menyekat peruntukan kepada pihak lawan"_.


Penulisan tersebut adalah satu pembohongan, fitnah dan tuduhan jahat yang jelas tidak benar sama sekali. 


Umum mengetahui bahawa Kerajaan Perpaduan yang memerintah Malaysia pada ketika ini adalah hasil dari titah YDP Agung selepas tidak ada mana-mana parti atau koalisi yang berjaya mencapai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan pasca Pilihanraya Umum ke15 November tahun lalu. Dan kini Kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh Perdana Menteri ke10, DS Anwar Ibrahim sudahpun memperolehi sokongan majoriti lebih 2/3 Ahli Parlimen. 


Begitu juga seperti yang selalu dimaklumkan di Parlimen bahawa tidak ada peruntukan yang disekat oleh pihak Kerajaan Persekutuan di negeri -negeri pembangkang. Malah, mereka mendapat peruntukan yang jauh lebih tinggi dari kerajaan yang sebelum ini.


Penulisan Hadi Awang itu juga merupakan satu bentuk hasutan yang mencabar kuasa YDP Agung, boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam dan memecahbelahkan masyarakat. 


Ia juga boleh menimbulkan permusuhan serta kebencian di kalangan rakyat Negara ini yang merupakan satu kesalahan yang boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media dan undang-undang lain yang   berkaitan.


Sekian laporan saya.



No comments: