Apa yang dibuat. Guna duit kwsp untuk bantu rakyat. Rakyat tolong rakyat.Darurat,jana wibawa,teloq tak ada,minyak masak anak menteri sakaw,jana wibawa untung kroni dan keluarga,cetak buku berbillion duit habis benda pun habis, nak baiki air tak ada kecuali dokumen, jenayah syariah tak selesai,undang undang negara entah kemana sampai pihak istana memberi ingatan.......banyak lagi sistem dan banyak yang tidak dilaksanakan Masih nak pilih mereka ini..mereka GAGALIS.
Rombakan kabinet? Perlu ke? Kenapa nak rombak? Sebab ada menteri yang tak perform? Betul ke? Cuba senaraikan menteri apa yang tak perform dan perkara yang boleh justifikasikan tuduhan mereka tak perform.
Cerita menteri tak perform ni selalu dengar. Tapi kalau minta huraikan, tak pernah diberi pun. Ini bukan zaman Mahiaddin dulu. Kita boleh senaraikan kegagalan para menteri sambil tutup mata. Sebab memang gagal.
Sekarang ni perkataan tak perform tu setakat naratif palsu untuk merosakkan imej kerajaan je. Contohnya Rafizi. Begitu banyak inisiatif dibuat untuk tambahkan pendapatan rakyat. Tetap dikatakan tak perform.
Bandingkan dengan masa Azmin dulu. Apa yang dia dah buat? Setakat mop lantai masjid je. Tapi ekonomi rakyat sikit pun tak dipandang. Rakyat susah menjadi bertambah susah. Dia sedap sedap jalan luar negara.
Begitu juga dengan Menteri Kesihatan. Yang dulu tak habis cerita pasal vaksin je. Sekarang, Dr. Zaliha dah banyak selesaikan isu tertangguh contohnya macam isu doktor kontrak, isu yang PN tak pernah cakna dulu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi aku antara menteri yang paling cemerlang. Isu bekalan ayam, telur dan minyak masak ni bukan baru. Isu dari pentadbiran lama lagi Tapi dulu menteri PN tak buat apa pun. Tahunya salahkan pasaran global je.
Tak dilupa Menteri KPDN, Allahyarham Salahuddin Ayub. Perkenalkan menu Rahmah yang banyak bantu golongan susah. Masa PN dulu, ada ke buat sebarang inisiatif bantu rakyat begitu. Jangan kata tak sempat.
Menteri Undang-undang, Azalina pun hebat. Selesai isu tuntutan Sulu. Masa Taki dulu ada kejayaan yang dia dah capai? Satu pun takde. Bila jadi pembangkang baru la nak sibuk. Jadi menteri makan gaji buta je.
Banyak lagi kalau nak senaraikan. Menteri Kewangan, Pendidikan, MITI, KDN, Pertahanan semuanya berjaya jalankan tugas masing-masing. Jauh berbeza keadaan negara kita sekarang berbanding bawah PN dulu.
Korang pun boleh penilaian buat sendiri. Ambil satu isu, kemudian tengok apa menteri dulu buat. Lepas tu bandingkan dengan apa yang menteri sekarang buat. Baru boleh nampak menteri sekarang perform tak.
Isu rombakan kabinet cuma nak goyangkan kerajaan je. PMX tak pernah sebut pun. Tapi orang luar yang banyak bunyi. Tapi orang luar ni, penganalisis, tak buat bunyi pun masa kabinet super besar Mahiaddin yang tak ada hasil dan habiskan beras je.
Bagi aku tak ada apa yang nak dirombak. Fahmi Fadzil pun dah mula nampak ok. Kekalkan je. Beri peluang mereka improve. Tapi kalau PMX nak buat rombakan, itu kuasa beliau. Orang luar tak payah buat spekulasi. Guane boh?
Raja Gelap II
.