𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜?ATAU DENGKI DENGAN APA YANG DICAPAI ANWAR SEJAK ZAMAN MUDA BELIAU DAN PENCAPAIANNYA. APAKAH HADI TIDAK MAHU JADI PM JIKA DAKWAAN BELIA PADA ANWAR?



1. Kata Haji Hadi di kempen PRK Kemaman: "Undilah kepimpinan yang jadikan orang Melayu memerintah, Islam memerintah dan memimpin, jatuhkanlah kerajaan yang ada ni, kerajaan yang rosakkan Islam, kita kena jatuhkan kerajaan ini tak boleh biar lama-lama".


2. Tidak Melayukah Anwar Ibrahim? Tidak Islamkah PMX dan pemimpin Kerajaan hari ni? PN-PAS sahajakah Melayu dan Islam?


3. Kalau tidak Takfiri dan Khawarij, apa yang kita boleh istilahkan fikrah ini?


4. Bagaimana yang Hj Hadi maksudkan 'rosakkan Islam' hingga jadi alasan untuk jatuhkan kerajaan? Hanya Khawarij fikir Islam mesti tertegak di tangannya.


5. Faktanya, banyak hal yang membangunkan Islam di Malaysia BUKAN di tangan Hj Hadi dan PAS sebagai Kerajaan.


6. Bukan Haji Hadi yang bangunkan Bank Islam, Universiti Islam, Pendidikan Islam, Muamalah Islam, Mahkamah Syariah, Sekolah2 Agama Kerajaan, Undang2 Syariah.


7. Di tangan PMX: Bantuan Sekolah Agama Rakyat dipulangkan selepas TunM hapuskan 20thn dulu, Hadith 40 di Sekolah, Tahfiz Kemas, Tahfiz TVET, Plan Tindakan Tahfiz Negara 2.0, perjuang Nasib Palestin.


8. Di tangan Hj Hadi pula, AMANAT Hj Hadi yang jadi punca bencana perpecahan umat Islam tahun 80an dan 90an. Hingga kini tak mohon Maaf.


9. Disebabkan AMANAT itu, berlaku peristiwa Memali dan 18 terbun*h kerana doktrin Khawarij  "Islam vs Kuffar" dipasak dalam politik demokrasi seperti kempen Hj Hadi hari ini.


10. Saya harap Hj Hadi hentikan cara politik Khawarij dan mohonlah maaf kepada ramai Umat Islam yang jadi mangsa Amanatnya sejak 80an selagi ada peluang ni.


Ahmad Mursi



No comments: