Jamzuri Ardani
Estonia adalah antara negara yang setahu saya telah melaksanakan Digital ID sepenuhnya. Rakyat Estonia tidak perlu mempunyai kad pengenalan fizikal.
Mereka boleh mengundi tanpa perlu pergi ke pusat mengundi. Malah mereka boleh mengundi ketika sedang bercuti di luar negara.
Urusan dengan agensi kerajaan boleh dibuat sepenuhnya dalam talian. Semuanya dilakukan menggunakan digital ID.
Di China, ada ATM yg boleh melakukan transaksi pengeluaran tunai hanya dengan imbasan muka. Tidak perlu kad ATM.
Potensi manfaat ID Digital sangat luas. Jika penggunaannya di manfaatkan sepenuhnya, manusia tidak pagi perlu kepada dompet. Tidak perlu bawa IC, lesen memandu, wang tunai, kad bank, dan seumpamanya.
Anda hanya perlu lakukan imbasan muka atau imbasan cap cari untuk melakukan transaksi manakala pengesahannya anda boleh lakukan melalui telefon bimbit atau alat-alat digital yang lain. Di lapangan terbang, anda tidak perlu lagi menggunakan kad pengenalan atau passport. Cukup dengan melalui kaunter pengimbas automatik.
Paling utama, ianya adalah cara paling mudah dan berkesan melaksanakan subsidi bersasar. Di kaunter bayaran atau di pam stesen minyak, anda sudah dikenalpasti kelayakan untuk mendapat subsidi atau tidak.