BANTUAN PMX BUAT SENIMAN DAN SENIWATI

 






Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan.


Lantaran itu, hari ini Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi mereka.


Saudara Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala saudari Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.


Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan masing-masing. 


Saya mendoakan mereka berdua dikurnikan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT.


#MalaysiaMADANI



No comments: