PMX BERTEMU MAHASISWA /SISWI DI KAHERAH.

 









Bertemu dengan mahasiswa Malaysia yang menuntut di sini dan juga rakyat Malaysia di Kaherah sejurus tiba dari Istanbul. 


Saya mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang telah diambil. Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik. 


Saya turut menjawab mengenai kedudukan ringgit yang kini tercabar parah akibat tindakan Federal Reserve Amerika Syarikat yang secara agresif meningkatkan kadar faedah yang turut mengesankan matawang renmimbi China dan yen Jepun. 


Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas telah diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi, dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan matawang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh. 


#MalaysiaMADANI