Apa lagi masalah dengan PAS ni? Banyak masaalah. Ramai bakal kena tangkap dan kena saman sampai tinggai teloq. Tanya sanusi.

 Apa lagi masalah dengan PAS ni?




Pertama sekali dia tuduh Kerajaan Perpaduan ini Kerajaan Gagal. Apa yang gagal tidak dinyatakan. Masalah ayam, telur dan barangan keperluan asas yang lain? Itu semua masalah yang diwarisi dari pentadbiran PN. Dan Alhamdulillah telah selesai.


Masalah bekalan beras? Itu berpunca dari larangan yang dikenakan oleh India kesan bencana el-nino yang melanda negara itu dan menjejaskan sektor pertanian mereka. Tapi Alhamdulillah, masalah itu juga telah berjaya diselesaikan dengan baik.


Masalah ekonomi? Ekonomi kita berkembang baik. Inflasi juga telah turun secara konsisten. Terkini dah jadi 1.9%. Pelaburan juga telah mencurah masuk. InsyaAllah dalam setahun lagi, kita mula nampak kesan daripada pelaburan yang dicanangkan ini.


Masalah kejatuhan nilai ringgit? Ianya berpunca dari pengukuhan nilai dollar Amerika yang menaikkan OPR mereka. Juga kesan daripada pergolakan yang berlaku di Palestin selain kelembapan ekonomi di Negara China. Negara lain, termasuk juga Jepun, Indonesia dan Thailand juga turut terkesan.


Aku berani jamin, melihatkan kualiti menteri yang ada semasa PN memerintah dahulu, kalau PN yang mentadbir negara pada waktu ni, duit kita mungkin dah jadi RM10 untuk setiap dollar Amerika. Iyalah. Masalah ayam dan telur pun tak boleh selesaikan, lagi nak selesaikan masalah nilai ringgit?


Jadi atas dasar apa Taki nak kata kerajaan gagal? Kalau nak dibandingkan dengan PN, kerajaan yang ada ni berkali ganda lebih berjaya. Hakikatnya PN adalah kerajaan paling gagal di seluruh cakerawala.


Kedua, sejak bila kerajaan bertukar sebab gagal? Kalau kerajaan gagal sekali pun, pertukaran berlaku ketika pilihanraya. Macam PN la. Gagal mentadbir. Jadi dalam PRU rakyat tolak PN. Nak tukar kerajaan pun kena tunggu PRU. Takkan itu pun tak faham?


Nak tukar kerajaan gunakan SD yang jadi favorite Mahaiddin pun dah tak boleh sebab adanya akta anti lompat parti. Jadi apa maksud Taki bila kata nak ambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat?


Melainkan kalau PAS rancang untuk buat rampasan kuasa secara ketenteraan. Betul ke? Sebab tak ada cara lain dah boleh berlaku pertukaran kerajaan.


Aku rasa PDRM kena panggil dan siasat Taki ni. Ucapannya ada berbaur ancaman. PAS jangan cuba heret negara ke kancah pergolakan. Cukuplah kita menderita selama 33 bulan PAS dan PN dalam kerajaan. Jangan kerana nafsu sendiri yang tamak dan haloba, rakyat sekali lagi dimangsakan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: