Bila kuasa diberi kepada orang yang layak...




Tengok bagaimana DS Anwar gunakan kedudukan beliau sebagai PM dan pengaruhnya yang memang sedia ada dalam berdepan konflik di Palestin ini.


Usahanya memang tak terbanding dek mana-mana individu di negara ini. Mempertahankan Palestin seumpama negara sendiri yang diserang.


Beliau bukan bercakap soal agama saja, apatah lagi bangsa Arab. Beliau bercakap soal kemanusiaan. Soal keadilan sejagat. Soal kezaliman zionis.


Kelantangan beliau mengherdik negara kuasa besar Amerika dan UK, yang sengaja dituturkan dalam bahasa Inggeris pastinya buat pemimpin luar yang mesra Israel tak senang duduk.


Aku baca artikel BRACE FOR IMPACT tulisan Puan Liyana Marzuki (https://tinyurl.com/2n228s9y). Aku bersetuju 100% dengan apa yang dia nukilkan.


Tak mustahil akan ada gerakan dari luar yang cuba untuk menjatuhkan beliau. Dan tak mustahil juga gerakan itu akan disokong oleh orang tempatan.


Dalam keadaan ini, kita seluruh rakyat Malaysia mesti teguh berdiri menyokong DS Anwar. Mana mana pihak yang berusaha menjatuhkan beliau pada masa ini layak digelar agen zionis.


Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, aku amat berbangga dikurniakan pemimpin yang berkaliber dan berani seperti DS Anwar.


Ya, ada harga yang perlu dibayar atas kelantangan beliau. Tapi aku akan tetap berdiri menyokong. Kita tak perlu takut kerana kita berada di pihak yang benar.



No comments: