SUBSIDI HANYA UNTUK WARGA NEGARA




 Julung-julung kali aku bersetuju dengan KP UMNO ni. Tapi untuk yang ini aku setuju sangat. Subsidi sepatutnya hanya untuk rakyat Malaysia sahaja dan itu termasuklah beras.


Dan aku juga bersetuju dengan hujahnya, komitmen warga asing tak sama seperti warga negara. Warga asing tinggal di rumah kongsi, anak isteri di negara asal yang kosnya lebih murah,, tak seperti warga negara yang perlu bayar dengan pelbagai bill, anak pun bersekolah di sini dan kos sara hidup pun agak tinggi sekarang ini.


Cuma takutnya, nanti ada warga kita yang rela jadi balaci, belikan untuk warga asing ni. Tak pun dia mark up harga lebih sikit, buat untung atas angin. Bukan tak biasa dengan perangai orang kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.