KENAPA PAS DENDAM SANGAT DENGAN DAP?



Apa yang PAS dendam sangat dengan DAP ni aku pun tak pasti. Nak kata DAP anti Islam, tak nampak begitu pun. Yang jelas serang hudud, RUU355, tolak khat dan jawi, lawan pembelajaran modul 40 hadits dan banyak lagi tu adalah Gerakan. Tapi Gerakan jadi kawan mereka pula.


Aku baca artikel ini. Tapi aku tak kongsi link sebab aku tak mahu dia dapat hit. Yang aku baca dalam tu semuanya persepsi. Semuanya anggapan, agakan. Tak ada yang pasti pun. Isunya MB tak mengepalai Jabatan Air (lebih kurang) dan mereka kata DAP nak kuasai sumber itu. Tapi berita tu tak penting.


Yang aku nak ulas di sini, serangan terhadap DAP hanya memperlihatkan sifat hamba PAS terhadap Gerakan. Sebab bukan PAS yang mendapat faedah terbanyak menyerang DAP. PAS tak lawan DAP pun dalam pilihanraya. Lawan PAS adalah Amanah dan Keadilan serta UMNO, termasuk juga Bersatu dan bukannya DAP.


Sebaliknya yang paling untung adalah Gerakan. Tapi kita nampak Gerakan relax je. Tak sibuk pun tembak DAP. Sebab kerja itu dah diuruskan oleh hamba abdi mereka iaitu PAS. Bila tiba pilihanraya, Gerakan akan tuai hasil kerja keras PAS. Pandai tak Gerakan perhambakan PAS?


Itu pun walaun tak nampak lagi. Bagaimana nama Melayu dan Islam dipergunakan oleh Gerakan untuk dapatkan kuasa. Walaun rela sama bersubahat biarkan nama Melayu jadi tunggangan Gerakan. Bila walaun akan tersedar agaknya yang parti mereka dah jadi hamba Gerakan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



1 comment:

Anonymous said...

Raja gelap. Memang gelap. Cina kuut.