ANWAR DI MASJID JAMEK ALAM SHAH SEMALAM

 









Hari ini saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Alam Shah, Jalan Tun Razak di ibu negara, masjid yang berusia lebih 70 tahun dan memiliki sejarah tersendiri.


Menekuni khutbah yang disampaikan khatib Mohd Nuruddin Salam Naluwi bertajuk Hakikat Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1445H, jemaah diseru untuk mengambil pedoman dalam menyatupadukan umat Nabi Muhammad SAW sebagai meneladani dan menzahirkan hakikat cinta sebenar kepada Baginda.


Khatib turut menitipkan pesan supaya umat manusia menjauhi sifat keji dan mungkar, perbuatan fitnah, tuduhan melulu sesat serta kufur kepada sesama Islam dan mencaci-maki.


Usai solat Jumaat, saya meluangkan masa bertemu imam dari Arab Saudi, Syekh Mohammad Saad Noomani yang melantunkan bacaan merdu ketika mengetuai solat Jumaat. 


#MalaysiaMADANI 

#MaulidurRasul1445H



No comments: