Disebabkan parti mereka ditolak di Johor, tak sudah aku tengok SS perbualan di WhatsApp Group yang menghina orang Johor. Ada yang kata orang Johor ni kaki judi, malas solat dan kuat berhibur.
Bab berhibur ni, sebagai warga JB aku tak nafikan. Ingat dulu zaman kegemilangan rock kapak. Asal ada band baru je, selalunya dari Johor. Search, BPR, Febians, Junction dan banyak lagi la.
Yang bukan rock pun ada macam biduanita lagenda Sharifah Aini. Memang Johor bab hiburan ni hebat sikit. Tapi itu bukan penanda aras iman seseorang itu. Dan tak boleh nak sekali harung semua.
Lagipun itu dulu la. Sekarang ni aku tak pasti ramai lagi tak artis asal Johor. Sebab aku tak ikut sangat perkembangan. Sebab sekarang lebih banyak kisah gossip dan pakaian seksi berbanding bakat.
Sekarang pun nama yang biasa aku baca macam Uqasha Senrose, Emma Maembong dan Janna Nick. Tak pastilah mereka ni asal mana tapi yang aku pasti bukan asal Johor. Kan? Guane boh?
Raja Gelap
.