BUKAN SEMUA BERGAJI BESAR

 

Aku beri amaran dulu. Ni bukan berkenaan dengan sesiapa. Aku saja nak cerita tentang kerja offshore. Sebab ada orang yang sensitif sekarang ni. Mudah koyak. Cerita offshore je ingat cerita pasal orang tertentu. Macam orang tu je kerja offshore.


Tanggapan umum kerja offshore ni masyuk. Gaji besar. Aku tak kata salah tapi tak 100% tepat. Tak semua jawatan gaji besar. Kalau masuk line drilling memang loaded la. Tapi kalau production platform, kebanyakannya biasa-biasa je.


Pernah dulu, kawan aku terpaksa buat payslip palsu sebab nak beli motor. Bayangkan, nak beli motor pun loan tak lepas. Kaya apa kerja offshore macam tu? Sebab tu aku kata, tak adil kalau anggap kerja offshore je orang tu mesti kaya.


Gaji di offshore ni, setakat hari ini, di platform aku, setahu aku RM110 sehari paling rendah. Di platform lain, syarikat lain mungkin lebih tinggi atau mungkin juga lebih rendah. Tak semua sama.


Terutama di Malaysia, pekerja offshore ramai yang underpaid. Sebab tu ramai orang kita yang bekerja di luar negara terutamanya Qatar sebab bayaran jauh lebih besar. Ada kawan aku baru je dapat offer bayaran hampir 4 kali ganda gaji di sini.


Pernah ada pekerja dari Nigeria datang training di platform aku bekerja. Pertengahan 2000 dulu. Aku saja tanya gaji permulaan dorang. Angkanya sama tapi mereka dibayar dalam USD. Manakala di sini dibayar dalam RM. Kan jauh beza tu.


Cuma untungnya kerja offshore ni, jimat duit makan la. Tak payah nak fikir kos makan. Cukup masa, ada je makanan dihidang. Kalau nasib baik, dapat lokasi yang makannya mewah. Senang cerita, duduk laut memang tak kenal erti lapar.


Kesimpulannya, tak semua kerja offshore ni kaya. Bergantung kepada jawatan dan syarikat. Ada juga orang offshore yang setakat  cukup makan. Sebab tu pergi kerja sampai berminggu-minggu tak balik sebab nak bagi cukup.


Sebenarnya kaya lagi ahli politik yang boleh minta komisen dari projek kerajaan. Dorang boleh dapat sampai ratus juta masuk akaun bank. Cuma jangan tertangkap je la. Bak kata mantan MP UMNO yang dah sokong PN, mencuri tak salah kalau tak kena tangkap. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.