KEDAH 50:50, PASTIKAN PENGUNDI TIDAK PILIH BERDASARKAN SENTIMEN, EMOSI



 


Situasi sokongan di Kedah yang tidak menentu atau 50:50 memerlukan jentera pilihanraya Pakatan Harapan (PH) berusaha keras bagi menjana sokongan agar berjaya menawan negeri tersebut.

Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli berkata biar pun KEADILAN berpotensi memenangi kerusi yang mereka pertahankan namun mereka juga perlu bekerja bersungguh sungguh untuk menyumbang kejayaan menawan Kedah.

Salah satu caranya, kata beliau, ialah dengan merasionalkan pemikiran pengundi Kedah terutama generasi muda yang terbuai emosi sebagaimana berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.

“Di Kedah keadaannya 50:50. Kita tengok ada peralihan sokongan dari segi pengundi Melayu dari PRU lepas ke sekarang. Kita tengok pengundi hukan Melayu kekal solid kepada PH. Dalam 5 minggu ini macam macam boleh terjadi.

“Beban jentera PH di Kedah jauh lebih berat daripada Selangor dan Penang kerana pertempuran sengit berlaku di Kedah termasuk kerusi Gurun

“Macam mana dalam gelombang besar 6 bulan lepas PH boleh kata 50:50. Satunya gelombang lepas itu gelombang emosi anak muda kali pertama mengundi. Itu pilihan mereka.

“Bila kita sebagai rakyat diberi tanggungjawab laksanakan hak mengundi kita kena tahu ada tanggungjawab khusus. Iaitu di peringkat parti dan calon yang bertanding, tanggungjawab kita pastikan calon itu bersih, baik, ikhlas dan ada idea selesaikan masalah rakyat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya KEADILAN DUN Gurun, tengah hari ini.

Kepada rakyat pula, Rafizi menasihatkan mereka agar memilih calon yang mengetengahkan idea bernas untuk memperbaiki kehidupan seharian mereka, bukannya yang datang dengan fatwa atau sentimen kaum melulu.

“Kita perlu bandingkan calon A, B, C, adakah dia ada idea selesaikan masalah agar tidak mengulangi PRU lepas, bagaimana sentiman dimainkan.

“Terbaru viral pimpinan Pas kata balik mengundi pertahankan pimpinan Pas itu wajib hukumnya. Balik ziarah ibu bapa meninggal itu tidak wajib. Maka jika tidak balik mempertahankan kerajaan Islam Pas, jadi jangan balik bila mak bapa mati.

“Kita tahu benda itu tak boleh. Tetapi emosi itu tinggi, jadi benda kita tahu tak patut diperkatakan pun ada kesan kepada pengundi,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan itu mengingatkan jentera pilihanraya KEADILAN agar tidak gentar menghadapi perang emosi PN kerana katanya, sepanjang 15 tahun beliau membantu kerja kerja pilihanraya, politik Malaysia memang terbahagi dua antara puak yang bermain emosi dan pihak yang mengutarakan kaedah memperbaiki kehidupan rakyat.

Katanya, KEADILAN sentiasa di jajaran progresif. Biar pun pada awalnya rakyat sukar menerima namun akhirnya KEADILAN membuktikan telah dua kali berada dalam Kerajaan Persekutuan dengan modal politik progresif berkenaan.



No comments: