Umno bukan "mengkarung politik"
yang akan melepaskan asas perjuangannya meskipun membentuk kerjasama dengan
Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya,
kerjasama antara parti itu dengan PH adalah berdasarkan kepada penyesuaian
politik berdasarkan realiti semasa politik. Bercakap di hadapan ribuan
perwakilan Umno, Zahid sebaliknya berkata PAS yang kononnya penyelamat orang
Melayu, sering menggunakan agenda Melayu dan Islam sebagai sandiwara politik
sempit mereka.