Umno hari ini menggesa semua pihak agar
memberi peluang kepada kerajaan Malaysia Madani untuk menterjemahkan setiap
agenda seperti yang dijanjikan. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata
dalam tempoh tujuh bulan sejak kerajaan terbentuk, ada suara sumbang kedengaran
apabila mereka mendakwa banyak "game changer" belum terlaksana.