APA CERITA HARI INI ?


🟢 YAB PM tinjau Kejohanan Menembah Royal Malaysian Police Open Championship di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya semalam


🔴 Maritim Malaysia tidak menolak kemungkinan tiga kru yang hilang susulan kebakaran kapal tangki MT Pablo di Tanjung Sedili, Kota Tinggi hanyut memasuki perairan Tanjung Pinang di Indonesia.


🟢 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sama ada seiring jajaran politik atau tidak, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya.


🔵 Kenyataan media yang mendakwa Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-11 adalah palsu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


🔴 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.


🟢 Perjalanan udara mencatatkan pertumbuhan permintaan yang kukuh bagi Mac 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Angka trafik pada Mac 2023 meningkat 52.4 peratus berbanding Mac 2022 manakala di peringkat global, trafik kini pada 88 peratus daripada paras Mac 2019.


🔵 Rayuan pengampunan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak dibincangkan pada persidangan ke-59 Lembaga Pengampunan kerana ia perlu mengikut giliran.  Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ini kerana masih terdapat banyak lagi permohonan pengampunan lain yang perlu dibincangkan oleh lembaga tersebut.


🟢 Sukan SEA 2023 yang berlangsung di Kemboja akan membuka tirainya secara rasmi hari ini. 40 pingat emas menjadi sasaran kontinjen negara pada edisi kali ini.


WFAUZDIN NS