Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry
Baru2 ini tular mengenai video isteri Perdana
Menteri, Wan Azizah menghulurkan tasbih kpd Perdana Menteri ketika beliau
menghantar suaminya berlepas China.
Ya kisah Wan Azizah atau lebih mesra di
panggil Kak Wan sebagai ahli zikir bukan baru kpd mereka yg rapat dgnnya. Ia
bukan pertama kali saya mendengarnya.
Cerita pertama saya dgr dari Ustaz Zamri
Zainal Abidin II ketika beliau bertugas sebagai Pegawai kepada Timbalan Perdana
Menteri ketika itu. Beliau berkata gelang ala mutiara yg dipakai oleh Kak Wan
itu sebenarnya adalah tasbih.
Ke mana sahaja Kak Wan bergerak di dlm
kenderaan beliau akn bertasbih. Malah antara sifat terpuji Kak Wan selalu
bertanya kpd staff2 beliau ketika itu samada mereka sudah solat atau tidak.
Yg paling menyentuh hati ketika pegawai2nya
masih belum bergaji… Kak Wan menghulurkan bantuan dgn duit poketnya sendiri.
Begitulah mulianya hati Kak Wan yg ramai tidak mengetahuinya.
Baru2 ini ibu saya ada bercerita ketika Datin
Saripah bertemu dgnnya. Datin Saripah isteri kpd Menteri Luar, Dr Zambry sgt
menyantuni ibu saya sejak dulu lagi. Jika pulang ke Manjung kadang2 Datin akn
dtg ke rumah atau bersiar siar dgn ibu saya bersama rakan lain.
Datin Saripah memberitahu ibu saya Kak Wan
seorang yg alim. Ceritanya yg selalu ke luar negara bersama Kak Wan… isteri
Perdana Menteri itu ke mana sahaja akn berzikir. Malah ke mana sahaja ke luar
negara Kak Wan tidak ke shopping mall tetapi akn berkunjung ke masjid2.
Bersyukurlah kita bukan sahaja mendapat
Perdana Menteri yg mengangkat agama Islam ini dgn pelbagai2 aktiviti agama
malah juga mendapat isteri yg sgt taat kpd perintah Allah. Pimpinan tauladan
kpd rakyatnya.