Anuar Ahmad
"Dr, mohon hide identiti saya...
Saya adalah pemeriksa kertas peperiksaan SPM.
Saya telah memeriksa kertas bertulis SPM bermula tahun 2007 lagi. Hanya
berhenti sekejap² ketika cuti bersalin.
Dulu..kami menyemak kertas jawapan murid
lebih mudah sbb kami menerima script jawapan murid.
Tetapi, kami menyahut perubahan yang
dilakukan. Bila bertukar kaedah penyemakan, kami masih teruskan tugas yang
bukan semua orang nak buat ni. Kami menyemak secara online. Tetapi, tahun²
sebelum ini kami diberikan skema hardcopy.
Malangnya, pada tahun ini, kami tidak
dibekalkan dengan skema secara hardcopy. Sangat sukar untuk kami menjalankan
tugas kami. Sangat sukar kerana kami terpaksa menggunakan segala gajet yang
ada. Kami tidak dibenarkan untuk screenshot jugak utk print sendiri. Semua
perlu dilakukan secara online.
Ada antara pemeriksa berpengalaman sudah
tarik diri.
Mata rosak.. dan kali ni lebih
parah...jawapan pon terpaksa rujuk secara online.
Soalan yg kami tanda adalah soalan struktur
dan essay. Boleh tak tuan bayangkan kesukaran untuk kami jalankan tugas?
Dengan bayaran satu skrip masih tidak
berubah... Data/internet sendiri...mata semakin kabur...semua tu menjadikan
usaha kami sangat tidak berbaloi. Bukan semua guru sanggup untuk menjadi
pemeriksa. Boleh buat survey.
Kami bukan minta lebih cuma permudahkan tugas
kami untuk menyemak. Sangat sukar dan tertekan. Group saya...seorang dah tarik
diri jadi kami dah kurang seorang...
Tolong mudahkan tugas kami pemeriksa kertas
peperiksaan SPM.
Terima kasih Dr"