Luahan Rasa Guru :Siri 210


Anuar Ahmad

 

"Dr, mohon hide identiti saya... 

 

Saya adalah pemeriksa kertas peperiksaan SPM. Saya telah memeriksa kertas bertulis SPM bermula tahun 2007 lagi. Hanya berhenti sekejap² ketika cuti bersalin. 

 

Dulu..kami menyemak kertas jawapan murid lebih mudah sbb kami menerima script jawapan murid. 

 

Tetapi, kami menyahut perubahan yang dilakukan. Bila bertukar kaedah penyemakan, kami masih teruskan tugas yang bukan semua orang nak buat ni. Kami menyemak secara online. Tetapi, tahun² sebelum ini kami diberikan skema hardcopy.

 

Malangnya, pada tahun ini, kami tidak dibekalkan dengan skema secara hardcopy. Sangat sukar untuk kami menjalankan tugas kami. Sangat sukar kerana kami terpaksa menggunakan segala gajet yang ada. Kami tidak dibenarkan untuk screenshot jugak utk print sendiri. Semua perlu dilakukan secara online.

 

Ada antara pemeriksa berpengalaman sudah tarik diri.

 

Mata rosak.. dan kali ni lebih parah...jawapan pon terpaksa rujuk secara online. 

 

Soalan yg kami tanda adalah soalan struktur dan essay. Boleh tak tuan bayangkan kesukaran untuk kami jalankan tugas?

 

Dengan bayaran satu skrip masih tidak berubah... Data/internet sendiri...mata semakin kabur...semua tu menjadikan usaha kami sangat tidak berbaloi. Bukan semua guru sanggup untuk menjadi pemeriksa. Boleh buat survey.

 

Kami bukan minta lebih cuma permudahkan tugas kami untuk menyemak. Sangat sukar dan tertekan. Group saya...seorang dah tarik diri jadi kami dah kurang seorang... 

 

Tolong mudahkan tugas kami pemeriksa kertas peperiksaan SPM.

 

Terima kasih Dr"