Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry

Wan Azizah mendapat pujian isteri Dr Zambry

 

Baru2 ini tular mengenai video isteri Perdana Menteri, Wan Azizah menghulurkan tasbih kpd Perdana Menteri ketika beliau menghantar suaminya berlepas China. 

 

Ya kisah Wan Azizah atau lebih mesra di panggil Kak Wan sebagai ahli zikir bukan baru kpd mereka yg rapat dgnnya. Ia bukan pertama kali saya mendengarnya.

 

Cerita pertama saya dgr dari Ustaz Zamri Zainal Abidin II ketika beliau bertugas sebagai Pegawai kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Beliau berkata gelang ala mutiara yg dipakai oleh Kak Wan itu sebenarnya adalah tasbih.

 

Ke mana sahaja Kak Wan bergerak di dlm kenderaan beliau akn bertasbih. Malah antara sifat terpuji Kak Wan selalu bertanya kpd staff2 beliau ketika itu samada mereka sudah solat atau tidak.

 

Yg paling menyentuh hati ketika pegawai2nya masih belum bergaji… Kak Wan menghulurkan bantuan dgn duit poketnya sendiri. Begitulah mulianya hati Kak Wan yg ramai tidak mengetahuinya.

 

Baru2 ini ibu saya ada bercerita ketika Datin Saripah bertemu dgnnya. Datin Saripah isteri kpd Menteri Luar, Dr Zambry sgt menyantuni ibu saya sejak dulu lagi. Jika pulang ke Manjung kadang2 Datin akn dtg ke rumah atau bersiar siar dgn ibu saya bersama rakan lain.

 

Datin Saripah memberitahu ibu saya Kak Wan seorang yg alim. Ceritanya yg selalu ke luar negara bersama Kak Wan… isteri Perdana Menteri itu ke mana sahaja akn berzikir. Malah ke mana sahaja ke luar negara Kak Wan tidak ke shopping mall tetapi akn berkunjung ke masjid2. 

 

Bersyukurlah kita bukan sahaja mendapat Perdana Menteri yg mengangkat agama Islam ini dgn pelbagai2 aktiviti agama malah juga mendapat isteri yg sgt taat kpd perintah Allah. Pimpinan tauladan kpd rakyatnya.