1. Berucap dalam persidangan Bersatu hari ini, TSMY mendakwa
kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai gagal. Katanya, “Bukan kita
yang kata mereka gagal. Tetapi rakyat yang kata.”
2. Beliau merujuk kenyataannya merujukkepada kaji selidik yang
dilaksanakan oleh sebuah firma penyelidikan dengan kerjasama media arus
perdana.
3. Saya juga rakyat, tetapi berasa amat puas hati dengan
pemerintahan PM Anwar. Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022,
pelbagai usaha telah dilakukan oleh PM Anwar untuk kesejahteraan rakyat dan
negara.
4. Kerajaan meminda perlembagaan mengenai kerakyatan, menghidangkan
menu rahmah RM5 kepada golongan miskin tegar, memotong 20% gaji menteri
sehingga ekonomi pulih, membawa masuk pelabur, dan membina hubungan yang baik
dengan negara luar.
5. Selain itu, kerajaan pimpinan Anwar juga menyelesaikan
masalah MA63 dengan Sabah dan Sarawak. Kerajaan menyemak geran khas tahunan
untuk Sarawak dengan menaikkannya kepada RM300 juta, manakala bagi Sabah RM260
juta. Kedua-dua negeri itu turut diberi autonomi berhubung projek infrastruktur
bernilai kurang RM50 juta.
6. Pada 24 Februari, Anwar membentangkan belanjawan berjumlah
RM388 bilion bagi 2023. PKS antara penerima manfaat terbesar dan menerima
pelbagai inisiatif dalam belanjawan itu. Ini adalah antara kejayaan terbesar
Anwar.
7. Dengan banyak pembaharuan yang dibuat, dalam masa hanya tiga
bulan sahaja memerintah, wajarkah kerajaan ini dikatakan gagal?
8. Bajet baru dibentang, dan apabila masuk fasa pelaksanaan,
saya yakin bajet ini akan memberikan impak kepada rakyat dan ekonomi kita. Jika
tak berpuas hati 5 tahun akan datang buat pilihan baru. Sekarang, bagi peluang
rakyat merasai bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk memulihkan ekonomi
keluarga kita dan negara.
Berbanding dengan kejayaan perpaduan pimpinan Anwar, apa
kejayaan Muhyiddin?
9. Suatu yang nyata berlaku ialah rakyat terjun bangunan, rakyat
angkat bendera putih, parlimen tutup kerana darurat, Muhyiddin takut untuk
membuat undi percaya di dewan, ramai anak tidak dapat pulang berjumpa keluarga
akibat sekatan PKP, rakyat menganggur, dan pelabur lari. Selain itu, selama 33
bulan PN-PAS memerintah, lebih RM427juta kes masuk mahkamah.
10. Dinilai dari perbandingan ini, biarpun pelbagai fitnah
ditabur ke atas pemerintah sekarang, Anwar Ibrahim adalah PM terbaik. Semoga
Anwar tabah dalam meneruskan kerja-kerja membela rakyat dan membawa perubahan
kepada politik negara.
11. Analisis akhirnya, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar tidak
gagal. Yang gagal ialah sudah cukup jumlah, melebihi dari cukup tetapi tidak
dapat membentuk kerajaan. Inilah kegagalan yang sebenarnya.