Hakim Sequerah berkata menurut Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan, setiap individu adalah sama di sisi undang-undang.
Jelas dan amat jelas, Zahid tidak dapat sebarang kelebihan walaupun kedudukannya sebagai TPM. Permohonannya telah DITOLAK.
Pemulangan sementara hanya untuk membolehkan Zahid memohon pasport diplomatik yang hanya boleh digunakan untuk ke negara yang ditetapkan sahaja.
Dan negara yang hendak dituju, perlu diberitahu dahulu akan kedatangan mereka. Maknanya tak boleh pergi ikut suka dia.
Bermakna, kalau Zahid nak ke Singapura, maka dia hanya boleh ke Singapura. Dari Singapura, dia tak boleh singgah negara lain.
Pasport diplomatik juga hanya boleh diguna untuk tugas rasmi kerajaan. Pasport ini tak boleh diguna untuk pergi bercuti atau melancong.
Pembangkang cuba buat cerita kononnya Zahid kini bebas keluar negeri. Sebenarnya tidak. Zahid boleh keluar hanya untuk tugas rasmi.
Jelas tiada kelebihan untuk Zahid. Meskipun diberi pasport diplomatik, Zahid tetap tidak bebas pergi ke luar negara sesuka hatinya.
Tapi macam biasa, pembangkang akan putar belit isu untuk mencipta persepsi buruk terhadap DS Anwar dan kerajaan perpaduan.
Tapi cuma orang bodoh sahaja yang akan berjaya mereka percayakan. Guane boh?
Raja Gelap