Menu Rahmah ni bukan untuk korang anak beranak makan kat kedai.
Ni untuk orang yang bekerja atau yang belajar, yang tak sempat makan di rumah.
Macam tadi aku tengok interview oleh Malaysiakini, ada sorang
wanita tu cakap sebelum ni dia belanja sehari RM30 untuk makan masa kerja.
Sekarang cuma RM10. Dah banyak jimat
Kalau ko duduk rumah, makanlah kat rumah. Yang nak pergi bawak
semua anak beranak pergi makan kat kedai semata-mata sebab Menu Rahmah tu
kenapa? Kan kerja gila tu!
Macam tak percaya aku kena explain benda ni.
Harga barangan banyak yang dah turun. Aku tengok group Kedai Apa Turun Harga
Hari Ini (KETUHAR) share sehari entah berapa kali posting pasal
harga turun ni.
Minyak masak 5kg pun tak sampai RM30 sekarang. Telur dah jadi
lebih kurang RM13 sepapan. Jauh lagi murah berbanding zaman PAS dalam kerajaan.
Itu baru 2 bulan memerintah tu. Bila semua yang dirancang
berjalan elok nanti, lebih banyak barang yang akan turun harga. Matawang negara
pun dah mengukuh jadikan kos import mengurang.
Lagipun, bila dah dapat jimat duit masa makan di tempat kerja,
kan duit tu boleh belanja untuk rumah.
Macam contoh kat atas tadi, sehari jimat RM20. Sebulan boleh
dapat extra lebih RM400. Boleh beli barang makanan untuk keluarga di rumah.
Masalahnya, harga barang meroket ni semenjak dari zaman PAS
dalam kerajaan lagi. Dan PAS/PN tak buat apa pun masa tu. Jangan mimpi la ada
makanan macam Menu Rahmah ni.
Sekarang bila orang lain buat, macam-macam pula dia komplen. Ada
je tak kena pada mata dia. Masa dia dulu hapah pun tak ada.
Tau la awak tu nak membangkang. Tapi janganlah sampai benda yang
beri faedah kepada rakyat pun nak bangkang. Sepatutnya parti politik usahakan
kesejahteraan rakyat.
Tapi kalau dah benda yang elok pun dibangkang, tol percuma pun
kata langkah bodoh, itu dah macam korang benci rakyat senang. Dah jadi musuh
rakyat dah macam tu. Guane boh?