KETUA PEMBANGKANG ; PAS NYATA KETANDUSAN PEMIMPIN BERKUALITI. BEGITU BANYAK SORANG PUN TAK MAHU JADI KETUA PEMBANGKANG ? MENANG LA ANWAR IBRAHIM ....FUHHH

 



10 Disember 2022

Sudah terjawab teka teki sebelum ini berhubung siapakah yang akan dipilih oleh Perikatan Nasional sebagai Ketua Pembangkang.

Pelantikan Setiausaha Agong Bersatu, Hamzah Zainuddin secara tidak langsung menunjukkan PAS, parti yang mempunyai jumlah kerusi terbesar dalam Perikatan Nasional, ketandusan pemimpin berkualiti bagi mengisi tanggungjawab terbabit.

Setelah lebih 50 tahun wujud, PAS sepatutnya mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka boleh membawa ke depan seorang pemimpin dari parti mereka bagi mengetuai barisan pembangkang.

Pelantikan Ketua Pembangkang dari PAS juga dapat menonjolkan imej Kepimpinan Ulama dalam negara.

Ini akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa agenda PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam versi mereka, dapat terlihat secara hakiki.

Namun pelantikan Hamzah Zainuddin telah menutup peluang PAS untuk membuktikan perkara tersebut, sekaligus menjadi bukti ketandusan pemimpin berkaliber dari parti ini.

Pemuda AMANAH Terengganu mengucapkan jutaan tahniah kepada Setiausaha Agong Bersatu, Dato Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua pembangkang dari Perikatan Nasional.

Zamir Ghazali

Ketua Pemuda AMANAH Terengganu