Menteri Kanan Pendidikan
Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan satu laporan kepada SPRM dibuat hari ini (17
Oktober 2022) susulan dakwaan blogger Zaharin Mohd Yassin.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk
Dr Radzi Jidin hari ini (17 Oktober 2022) telah mengarahkan satu laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan yang dibuat
blogger Zaharin Mohd Yassin.
Menurutnya
beliau telah menerima satu hantaran video dakwaan yang dibuat bekas ahli UMNO
yang dipecat itu berkaitan penyelewengan yang didakwa kononnya berlaku dalam
Kementerian Pendidikan (KPM).
“Saya
menerima hantaran video yang dibuat oleh Saudara Zaharin Yassin menyatakan
bahawa terdapat aduan yang beliau terima tentang penyelewengan di Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
“Dakwaan
itu adalah berkaitan Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan
bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Radzi berkata oleh kerana nama
beliau dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof juga telah
disebut, maka beliau telah mengarahkan Yusran membuat laporan kepada SPRM.
“Memandangkan
nama saya dan KSU KPM turut disentuh, saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha
KPM untuk membuat laporan segera kepada SPRM supaya siasatan terhadap dakwaan
tersebut dilaksanakan secepat mungkin.
“Saya
juga berharap Saudara Zaharin dapat menyampaikan maklumat yang diterima beliau
kepada SPRM,” katanya.
Sementara
itu, Zaharin dalam kiriman terbaharu di Facebooknya memuji tindakan Radzi yang
pantas bertindak, sekali gus akan membersihkan nama menteri pendidikan itu.
“Dengan
respond dari Menteri Pendidikan. Akan membersihkan nama beliau. Terima Kasih YB
Menteri.
“Kesian
saya jika beliau bertanding dalam PRU ke 15. Isu ini akan digunakan menyerang
beliau. Harap Menteri lain mencontohi beliau,” tulis Zaharin.