DR MAZLEE BERJIWA RAKYAT

 

Hari tu aku post di wall aku dan tagged Dr. Maszlee tentang isu Cikgu Fadli. Aku cadangkan agar Dr. Maszlee bawa Dr. Fadli ke kementerian sekiranya beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan sekali lagi sebab aku yakin Cikgu Fadli mampu membawa idea segar untuk membantu beliau mereformasikan kementeri itu.

Respon dari Dr. Maszlee cukup untuk buatkan hati aku berbunga-bunga. Tak salah pandangan aku yang Dr. Maszlee memang pemimpin yang berjiwa rakyat. Jiwa seorang pendidik.

Dalam tempoh singkat Dr. Maszlee sebagai pun sudah banyak perubahan yang beliau bawa. Andai kata selepas ini ditambah pula dengan sokongan individu seperti Cikgu Fadli, aku amat yakin sistem pendidikan kita akan berkembang pesat.

Aku harap pengundi Simpang Renggam sekali lagi akan berikan Dr. Maszlee meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen di situ. Dan selain itu, kita juga perlu pastikan PH dapat membentuk kerajaan dalam PRU ini bagi memastikan agenda reformasi dapat diteruskan.

Setiap individu yang caknakan kebajikan para guru serta pendidikan anak-anak, anda tidak ada pilihan lain selain daripada memberikan kemenangan buat PH. Hanya itu caranya dapat kita pastikan sistem pendidikan berfungsi sebagaimana sepatutnya - mendidik anak bangsa. Guane boh?

Raja Gelap