NORMAN RADZUAN
TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA
Kenapa saya dilihat emosional dlm isu Najib Rosmah?
KES NAJIB ROSMAH IMPLIKASI KPD RAKYAT SGT BESAR
Masihkah anda ingat aksi gambar ini bila ramai wanita sanggup
gadaikan emas mereka utk membela Najib? Ia berlaku 2018 tetapi apa agak
perasaan mereka bila melihat gambar 2019 apabila PDRM merampas barangan emas di
rumah Najib?
Saya dilihat agak keras isu membabitkan kes Najib dan Rosmah.
Mengapa saya tidak memainkan isu skandal Azmin Ali kes semburit, kes skandal
seks Chua Soi Lek, skandal Muhyiddin dgn isteri org dan lain2?
Bagi saya isu skandal seks hanya melibatkan diri pemimpin itu
(personal matter). Ia tidak memberi kesan apa2 kpd rakyat. Yg Islam itu antara
dosanya dgn Tuhan. Jika dia bertaubat akan diampunkan… Wallahuallam. Ia tidak
ubah skandal2 seks rakyat marhaen yg lain.
Berbeza dgn kes Najib dan Rosmah ini melibatkan harta atau
kepentingan rakyat. Wang berpuluh billion memberikan implikasi besar kpd
ekonomi rakyat.
Skandal Najib kes 1MDB bukan kecil, ia melangkaui batasan undang2
antarabangsa dan juga melanggar undang2 negara tertentu daripada pelbagai
sudut. Skandal 1MDB merupakan salah satu skandal kewangan terbesar di dunia.
Wang 1MDB ini boleh membina berpuluh hospital, boleh membeli
beratus ribu katil hospital, boleh membina bekalan elektrik di kawasan
pendalaman, boleh membina jalan2 raya di kawasan pendalaman dan bermacam lagi
yg boleh dinikmati rakyat.
Bayangkan rakyat Malaysia terpaksa membayar berpuluh billion
hutang yg dibuat oleh Najib sehingga tahun 2039. Sdgkan rakyat Malaysia sendiri
hidup penuh dgn hutang. Jika saya panjang umur mungkin sudah bercucu ketika itu
baru selesai hutang 1MDB dibayar.
Bagaimanapun skandal ini bukan isu besar buat segelintir
pentaksub Melayu dgn parti yg lebih cakna mengenai isu ‘bread and butter’.
Hingga ramai wanita2 menggadaikan barang emas mereka utk menjamin Najib.
Sdgkan apalah sgt nilai emas tersebut berbanding nilai emas yg
dirampas PDRM ketika serbuan ke rumah Najib. Kenapa mereka begitu yakin Najib
perlu pertolongan mereka?
Barangkali mereka tidak memahami isu, tidak membaca, terlalu
mudah terpedaya, terlalu taksub, ada kepentingan peribadi atau sertai politik
ikut ikutan. Sb itu mereka ingat Najib memang tiada duit.
Begitu juga skandal wang solar… wang yg sepatut digunakan utk
369 sekolah pendalaman utk anak2 Sarawak belajar sanggup digunakan utk
kepentingan peribadi.
Jika Rosmah tidak simpati langsung dgn nasib penduduk ribuan
anak2 pribumi Sarawak itu adakah kita perlu simpati dgnnya? Sdgkan anak Rosmah
sendiri mengatakan ia satu keputusan yg tepat ibu bapanya dihukum oleh
mahkamah.
Semua inilah yg membuat saya agak emosional kes Najib dan Rosmah
kerana dosa mereka kpd rakyat sgt besar. Ini kerana mereka pemimpin nombor 1
negara, bagaimana mereka boleh tergamak lakukan dgn merompak nilai wang yg
begitu besar.
Malah Najib ketika itu pergunakan rakyat dgn sentimen bangsa dan
agama utk melindungi kecurangan mereka. Nasib rakyat bangkit utk tumbangkan BN
jika tidak sehingga hari ini ramai rakyat Malaysia tidak percaya kes 1MDB dan
kes korupsi yg lain walaupun ia dibicarakan di luar negara.
Terima kasih rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sahaja yg mampu
menghukum dan mengubah nasib negara dan rakyat. Jika dibiarkan Malaysia boleh
bankrap kerana mereka tidak pernah cukup dan puas merompak harta rakyat.
PRU15 semakin dkt. Ayuh Malaysia kita buktikan kuasa rakyat
suara keramat. Ayuh kita pulihkan negara ini. Kita terus campakkan pemimpin dan
pegawai2 kerajaan yg korup ini ke dalam penjara.