SIAPA RIZAL MANSOR- SIRI 1 TEKS PERBICARAAN BELIAU

 

SIRI 1

 


Siapa dia Rizal Mansor ini dan adakah dia saksi yang boleh di percayai?

Rizal Mansor ini pada mulanya di tuduh dengan empat tuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar membabitkan wang RM218 Juta.

Tetapi pada pengurusan kes tersebut, dia telah di lepas dan di bebaskan (DAA) dan menjadi saksi pihak pendakwaan.

=======================================

Fahamkan beza DAA dan DNAA kerana ia penting untuk kes ini.

1) (DAA) Lepas dan bebas - terus bebas dari kesalahan tersebut dan tak boleh di dakwa atas kesalahan yang sama.

2) (DNAA) Di lepas tak di bebas - bebas tapi masih boleh lagi di dakwa atas kesalahan yang sama jika ada bukti baru.

=======================================

Dalam kes ini dia menjadi saksi pendakwaan yang ke 21. Dua lagi saksi penting pendakwaan dalam kes ini adalah PW17 Saidi dan PW16 Rayyan.

[14] Rizal bekerja di bawah Pejabat Perdana Menteri pada hujung 2009 dengan kontrak yang di perbaharui setiap 2 tahun. Masa zaman Najib menjadi perdana menteri, Rizal berkerja dengan Rosmah Mansor di bawah satu jabatan yang bernama FLOM ( First Lady of Malaysia).

[16] Saidi dan Rayyan mula berjumpa Rizal pada Oktober 2015 untuk meminta pertolongan Rizal mendapatkan kebenaran untuk projek dari Najib melalui Rosmah. Rizal menolak permintaan mereka dan kata Rosmah tak berminat untuk campur tangan urusan kontraktor dengan Najib.

[21] Saidi dan Rayyan berjumpa lagi dengan Rizal pada Januari 2016 di Hotel Seri Pacific dan tunjuk surat cadangan Jeepak yang mana ada minit mesyuarat Najib tapi Rizal tak mahu bagi apa-apa komitment.

[22,23,24] Mereka jumpa lagi dengan Rizal di bulan Feb 2016 di Lygon Bistro untuk pujuk Rosmah Mansor tolong luluskan projek, kali ini dengan tawaran sebanyak 10% dari jumlah projek. Untuk pujuk Rizal lagi, mereka berdua tambah lagi 20 juta sebagai pelincir. Lepas itu Rizal pun sampaikan niat Saidi dan Rayyan kepada Rosmah, dengan tawaran 10%. Bila dengar cerita 10% tu, Rosmah pun berminat jumpa dengan mereka berdua di rumah Rosmah di jalan Langgak Duta

[25,26,27] Rosmah minta Rizal supaya naikkan bahagian di ke 15% yang mana sama dengan RM187 Juta; dan Rizal jumpa balik dengan Saidi dan Rayyan pada hari yang sama di Lygon Cafe.

Saidi kata 15% banyak sangat, dia minta 12% cukup la. Rizal tanya Rosmah dan Rosmah kata 15% adalah muktamad. Lepas tu mereka bersetuju dan bayaran akan di beri secara berperingkat. Saidi pun setuju bayar Rizal 20Juta.

[32,33] Mahdzir kenal Rizal sebagai pegawai khas Rosmah dan Rizal panggil Rosmah "Mem" bila telefon Mahdzir bertanya tentang kelulusan projek tersebut.

[34] Rizal cadang supaya Rosmah bercakap sendiri dengan Madinah untuk luluskan projek Solar Jepak.

[35] Rizal selalu kemaskini Rosmah dengan status kelulusan projek Jepak

[40] Sama dengan Mahdzir, Madinah juga mendakwa trio Rizal, Saidi dan Rayyan selalu menganggu dia dan mengatakan yang Mem selalu tanya tentang status kelulusan projek.

[51] Lepas kementerian luluskan tender rundingan terus sebanyak 1.25 billion kepada Jeepak, Saidi dan Rayyan tak puas hati dengan klausa tender. Rizal telefon Mahdzir untuk buang klausa 11 yang mana bagi hak pada kementerian untuk tamatkan kontrak dan kurangkan nombor projek bila bersambung dengan grid elektrik nasional.

[53,54] Rizal kata Rosmah selalu call dia tanya pasal bayaran dan minta di naikkan sebanyak 17% tapi Rizal yakinkan Rosmah yang 17% terlalu tinggi. Saidi pun cepat-cepat ambil 16 juta pinjaman dan pindahkan 6 juta ke akaun bank Jeepak. Saidi kata dia akan bagi RM5 juta dulu sebagai pendahuluan

[55] Saidi keluarkan 5 juta dari akan di pada Disember 2016 dan masukkan duit dalam 2 beg yang setiap satunya ada RM2.5 juta.