SIRI 3
[123] Tentang sama ada Vellfire atau Alphard, Hakim kata benda
ini tak penting sebab chasis dan jenis badan hampir sama; yang penting dua beg
tersebut di bawa masuk ke dalam kenderaan yang di guna Rizal.
[134,135] Tentang persoalan lokasi beg sama ada di atas sofa
hijau atau atas lantai tepi sofa; hakim kata perbezaan pendapat itu tak penting
sebab yang penting ketiga-tiga saksi bersetuju yang bag tersebut di bawa ke
ruang tamu oleh Shamsul. Juga sebagai nota pegawai penyiasat SPRM telah membawa
saksi-saksi tersebut secara bersedirian ke lokasi kejadian untuk memastikan
ketepatan bukti. Kedua saksi boleh memberi gambaran yang lengkap tentang lokasi
dan tempat mereka berjumpa tertuduh.
=======================================
Mahkamah tentang kredibiliti Rizal
[146] Hakim bagi sebab kenapa dia terima testimoni Rizal
[147] Rizal tak pernah cuba lari atau sembunyi peranan jahat dia
dalam kes ini dan apa laba yang dia dapat. Rizal sendiri mengaku yang dia juga
meminta rasuah dari Saidi. Walaupun karektor Rizal adalah tercemar, ia tidak
bermakna bukti dari mereka kena di tolak sepenuhnya. Satu karektor yang jahat
masih boleh lagi memberi tahu kebenaran bergantung kepada tahap kebenaran
tersebut, tapi bukti tersebut kena di ambil dengan berhati-hati.
=======================================
Kenyataan Pembelaan Tentang Rizal Mansor
[170,171] Pembelaan kata Rizal sebenarnya tak pernah di lantik
jadi Pegawai Khas Rosmah. Rosmah juga tak berpuas hati dengan kerja Rizal sebab
selalu ponteng kerja. Rizal hanya berhubung dengan Rosmah melalui Azizah dan
pembelaan tuduh Rizal bersubahat dengan pendakwaan sengaja hendak kenakan
Rosmah untuk melepaskan diri sendiri.
[172,173] Pembelaan kata Rizal but mesyuarat sendiri dengan
Saidi dan Rosmah tak tahu menahu tentang ini.
=======================================
Keputusan Mahkamah pada penutup Perbicaaan
[210] Tertuduh adalah tidak bersalah sehingga di buktikan
bersalah. Beban pembuktian terletak pada bahu pendakwaan untuk membuktikan
tertuduh bersalah lebih dari keraguan munasabah.
[214, 215] Rosmah tuduh Rizal yang cuba merasuah sendiri dan
Rosmah kata dia tak pernah suruh siapa-siapa untuk merasuah bagi pihak dia.
Hakim kata penafian ini tak masuk akal sebab Rizal tak mampu nak buat benda ini
sendiri. Hakim persoalkan kenapa Rizal susah payah bawa Saidi dan Rayyan
berjumpa Rosmah di kediaman Rosmah, kalau Rizal sendiri ada kuasa nak meminta
rasuah untuk diri dia?
[216] Hakim juga tak boleh terima hujah yang Rizal meminta 15%
untuk diri sendiri sebab RM187.5 juta adalah banyak. Rizal hanya seorang perkerja
di PMO, kalau dia buat benda ini sendirian, sudah tentu dia akan di ketahui
lambat laun. Hakim juga percaya yang Rizal berani meminta rasuah sebab di
arahkan oleh tertuduh.
[223] Hakim kata kenapa Rizal susah payah hendak memandu ke Seri
Perdana kalau duit tersebut untuk diri dia dan bukan untuk Rosmah. Yang jadi
fakta testimoni Ahmed mencadangkan yang Rizal membawa duit tersebut untuk
Rosmah dan Ahmed juga nampak duit tersebut di ambil oleh 2 orang gaji.
[224] Rosmah mulanya tak mengaku ada di Seri Perdana, Rosmah
kata saya berada di banyak tempat di Kuala Lumpur. Tapi pada hari lain soal
siasat, tertuduh mengaku pula berada di Seri Perdana. Hakim mendapati kenyataan
ini tidak selaras dan tak ada sebab Rizal hantar beg tersebut ke Seri Perdana
kalau bukan untuk tertuduh.
[238] Dalam kenyataan tertuduh terhadap SPRM, mula-mula dia kata
tak kenal Saidi dan Rayyan tapi dalam perbicaraan dia kata kenal pula mereka
berdua.
=======================================
Keputusan Hukuman
[245] Benda paling penting dalam memutuskan hukuman apa-apa kes
ialah kepentingan orang ramai, yang mana hukuman kena melihat kejelikan jenayah
tersebut di mata masyarakat. Ini untuk mengelakkan tertuduh atau orang lain
melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan.
[249] Tertuduh di jatuhkan hukuman penjara 10 tahun untuk setiap
kesalahan dan berjalan serentak. Tertuduh juga di denda 970 juta untuk 3
kesalahan dan kalau gagal membayar denda akan di tambah penjara 10 tahun secara
serentak untuk setiap kesalahan.
[250] Mahkamah benarkan penangguhan hukuman menunggu rayuan
dengan ikat jamin 2 juta.
=======================================
PS: saya habiskan masa lapang saya petang semalam dan pagi ini
baca penghakiman bertulis Solarmah dan anda tentukan sendiri sama ada tepat
atau tidak tindakan DPP bagi DAA pada Rizal untuk jadi star witness. Kalau tak
ada Rizal, rasanya susah nak lekat kes ini sebab banyak bukti adalah
berdasarkan testimoni saksi-saksi.