NORMAN RADZUAN
MALAYSIA KAYA TAPI DIMISKINKAN PEMIMPIN
Mengapa negara tidak beragama lebih beragama?
RAHSIA CHINA MENJADI NEGARA HEBAT
Di kala negara kita berhutang trillion hasil ‘rompakan’ pemimpin-pemimpin politik sejak sekian lamanya negara ini masih boleh bertahan dan pembangunan
masih berlaku walaupun terbatas. Ini menunjukkan betapa kayanya Malaysia ini.
Jadi kenapa Malaysia ekonominya tidak boleh mengatasi Singapura
malah semakin ke belakang dari negara Asean yg lain? Sedangkan Singapura jangan
kata minyak, air pun tiada. Percayalah Malaysia sebuah negara yang sangat kaya
tetapi telah dimiskinkan oleh pemimpin-pemimpin nya.
Sepertimana Sabah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi menjadi
antara negeri termiskin di Malaysia atau anologinya sepertimana orang berniaga
pelanggannya ramai tetapi sewa kedai tidak mampu dibayar.
Jadi negara apakah yang patut kita jadikan sebagai ikon?
Jawapannya pandang ke China.
China adalah negara yang mengamalkan fahaman komunis. Komunis
diasaskan Karl Marx yang terkenal dengan falsafah ‘Agama Adalah Candu Masyarakat’.
Ia digunakan hanya untuk membenarkan seseorang.
Bila Soviet jatuh pada tahun 1991 ramai meramalkan Parti Komunis
China akan tumbang. Seorang penulis di Amerika menulis dalam bukunya ‘The Comming
Collapse Of China’ meramalkan parti PKC akan terbubar pada 2001.
Tapi sebaliknya kini China begitu hebat hingga dicemburui
Amerika kerana menguasai segala aspek samada ekonomi, ketenteraan dan
teknologi. Untuk mencapai pencapaian luar biasa itu bagaimana? Kita ke belakang
lagi untuk mencari rahsia yang tersembunyi.
Tahukah anda China 60 tahun dahulu adalah negara yang sangat miskin.
Suatu ketika perkapita pendapatan rakyat China 54 US dollar berbanding dengan
rakyat Amerika 2.349 US dollar.
Saya memilih Diang Xioping sebagai pemimpin teragung yang mengubah
lanskap kerajaan China. Di mana China sebelum itu mengamalkan dasar tertutup telah
membuka ekonomi mereka kepada dunia luar. Rakyatnya secara individu boleh mencari
rakan perniagaan di luar negara dan bermacam lagi peluang perniagaan.
Tapi ia tidak cukup utnuk China menjadi gah seperti sekarang. Pada
tahun 1952 Mae Zedong telah menghukum mati di khayalak ramai terhadap dua
pegawai tertingginya sedangkan keduanya adalah pegawai yang brilliant .
Tapi Mae Zedong tidak peduli dan katanya, “Perasuah adalah musuh
rakyat. Mereka sudah bukan kawan kita lagi. Jadi mereka perlu dihapuskan. Tidak
patut ada belas kasihan kepada perasuah.”
Pemimpin-pemimpin China selepas itu meneruskan tradisi yang ssangat tegas kepada rasuah. Zhu Rongji negarawan China berkata, “Di Sini aku siapkan 100 keranda,
99 untuk perasuah dan 1 untuk aku jika aku mengamalkan rasuah.”
Presiden China sekarang ini, Xi Jinping juga bila menjadi Presiden
melawan rasuah secara besar besaran dengan falsafah ‘Menangkap harimau mestilah
dengan lalatnya sekali.’
Maksud melawan rasuah tak kira besar atau kecil sama sahaja
mesti dihapuskan sama sekali. Beribu rakyat China menjalani hukuman mati tanpa
mengira pangkat, umur dan jantina.
Itu rahsia China bagaimana mereka menjadi kuat dari segala aspek
hingga ditakuti Amerika. Fahamilah pemimpin yang rasuah akan membuatkan rakyat
kurus dan menjadikan dirinya gemuk.
Tidak perlu kita bersimpati dengan pemimpin yang korup sedangkan mereka
tidak pernah memikirkan nasib rakyat. Mereka hanya bersenang senang atas
penderitaan rakyat. Ada benar kata Karl Marx , “Agama menjadi candu untuk
membenarkan diri”.
Ingatlah perasuah atau pemimpin korup ini lebih jahat dari
perompak kedai. Perompak hanya membuat pemilik kedai rugi tetapi pemimpin yang
rasuah membuatkan seluruh rakyat menderita.
China tidak perlukan sebarang agama begitu juga agama Islam dalam
pentadbiran tetapi mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Islam denagn tegas. Kunci
kejayaan negara maju atau kaya yang paling utama hapuskan rasuah. Negara yang korup
pasti akan membuat rakyatnya menderita.