MAZLEE MALEK.
Alhamdulillah,
Kebenaran akhirnya tertegak, keadilan akhirnya terlaksana.
Kezaliman mengambil hak anak-anak Malaysia di Sarawak yang
bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu ini terbalas.
Saya rasa bersyukur kerana apa yang saya dedahkan dan bawakan
kepada pihak SPRM dan polis mengenai isu ini pada tahun 2018 ketika di KPM hari
ini telah terbukti.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga lebih ramai koruptor dan kelptokrat akan menerima hukuman
setimpal dengan jenayah mereka.
Semoga ada sinar buat Malaysia yang lebih bersih
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
Ingat tuan-tuan, hanya dengan
mengundi mereka yang ada political will @ kemahuan politik barulah negara ini
dapat di selamatkan.
Kalau BN masih lagi berkuasa, jangan mimpi pesalah yang sakau
duit solar anak anak miskin ini ke penjara, silap-silap dia masih berseronok di
Hawaii dengan Mat Sakau dan Jho Low.
Kalau anda hendak selamatkan negara kita, kena turun mengundi
nanti untuk PRU15. Pastikan kleptokrat, penunggang agama dan pengkhianat amanah
rakyat di tolak.