KITA RECYCLE SEMULA BERITA : BUKTI HADI AWANG & PAS MEROMPAK RM 90 JUTA DANA 1MDB



Bismillah.... Saya Jufazli Shi Ahmad (Penganalisis Politik Bebas) telah membuat laporan Polis secara rasmi di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Skandal rasuah mega PAS sebanyak RM 90 Juta dana haram 1MDB melibatkan Najib Razak dan Hadi Awang ini telah ditutup secara politik oleh Bekas Perdana Menteri Ke-6 sendiri era pemerintahan Najib Razak dan UMNO-BN di Putrajaya bermula March 2017 lagi. Sebelum ini Husam Musa (Bekas Pemimpin Kanan PAS), Mahfuz Omar (Bekas Pemimpin PAS), Rafizi Ramli bersama Sarawak Report mendedahkan semua bukti Hadi Awang dan PAS bersekongkol secara sistematik merompak dana 1MDB untuk kepentingan pakatan politik baharu mereka PRU-14 lalu.


 Namun janji-janji manis Hadi Awang dan PAS untuk saman semua pihak ini gagal dibuktikan di mana-mana mahkamah Malaysia atau mahkamah di luar negara sehingga hari ini. Sehubungan dengan itu, di atas kegagalan Hadi Awang dan PAS dalam membuktikan dakwaan skandal RM 90 Juta ini adalah fitnah di Mahkamah Tinggi London kerana kesahihan semua bukti PAS menerima dana haram 1MDB daripada Najib Razak, maka saya sebagai rakyat Malaysia mendesak pihak PDRM dan SPRM menyiasat Hadi Awang dan Najib Razak di bawah Seksyen 16, 17 (a) Akta SPRM 2009, Seksyen 17 (b) Akta SPRM dan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613). 

Kepada Bossku Najib Razak dan Lebaiku Hadi Awang, Kami rakyat Malaysia dalam negara ini terpaksa menanggung kerugian besar akibat kerjasama kamu berdua merompak dana 1MDB demi kepentingan parti UMNO-BN-PAS semata-mata. Kami rakyat Malaysia menanggung hutang lebih RM 42 Bilion hasil rompakan dana 1MDB yang telah didedahkan oleh semua Penyiasat Bebas dalam Malaysia dan luar Malaysia.


 Kepada rakyat Malaysia, Seperti mana kita tahu Najib Razak dan Hadi Awang tidak ada telur saman Wallstreet Journal dan Sarawak Report lagi, saya yakin kedatangan hari Selasa yang mulia esok juga mereka berdua tidak akan berani saman saya kerana saya berkata benar di hadapan PDRM dan SPRM. Dear 4 Juta ahli-ahli UMNO-PAS yang minum air kencing serangga pokok Petai, Jangan ingat rakyat tidak pegang bukti Najib Razak dan Hadi Awang merompak duit 1MDB RM 90 Juta. Hari ini dengan rasa penuh bangga saya menyerahkan semua bukti skandal rasuah Hadi Awang dan Najib Razak ini kepada PDRM dan SPRM. CHECKMATE HABIS BOSSKU, BOSSNYA DAN BOSSMU!