BAGAIMANA NAK KENALI AKAUN PALSU




Ada makcik sorang ni DM saya. Orang Rembau. Dia kata dia dah baca posting saya pasal Troll Farm. Dia kata dia tak sangka ada jugak yang jadi hantu, bukak akaun palsu banyak2. Nak menipu.

Cuma dia tanya macam mana nak tahu tu akaun Troll.

Saya terharu dia DM saya nak belajar dan tahu. Tq Makcik. Makcik memang awesome Description: 👍🏼Description: 😊

Jadi saya kongsikan di sini tips nak kenal pasti Troll Farm.

1. Namanya pelik2 belaka, tak macam nama sebenar. Contoh: Jejaka Spanar, Kiah Puaka, Pelangi Malam. Ada yang terlebih bijak, guna nama betul juga. Tapi kita tengok pula ciri seterusnya.

2. Gambar profile yang dia guna ntah apa2. Ada guna gambar kucing, muka kartun, gambar curi pun ada. Yang semestinya, mereka takkan guna gambar muka mereka.

3. Gambar lain dalam wall dia pun hampeh. Takde sebutir pun yang kita boleh kenal pasti dia siapa. Kalau jenis cytro pentaksub pula, penuh dalam wall dia pemimpin pooojaan dia.

4. Tengok apa dia posting. Kalau dok share semua benda yang sama pasal pemimpin poooojaaan, confirm troll la tu. Lagi satu, dia trick pergi posting benda lain, tapi satu like pun takde kebanyakan posting dia.

5. Tengok senarai kawan2 dia pula. Kalau setakat bawah 300 tu, dah jadi red flag. Kawan2 dia pulak set2 dia. Semua profile hantu.

Haaaa… Kalau banyak Description: ✅ciri2 di atas, confirm la tu. Ni set2 jembalang troll. Kerja dia sebar dakyah propaganda, fitnah2 dan maklumat palsu.

Apa trick yang mereka selalu guna dalam kerja mereka?

1. Suka tempek2 poster dakyah politik. Yang dah cantik kena bikin.

2. Cakap takde fakta hanya banyak auta dan pusing2.

3. Bila kita jawab satu, dia spin dan kona ke isu lain pula.

4. Suka naikkan marah kita, dengan maki2 dulu.

Ni semua ajaran sesat yang diajar kepada jembalang hantu.

Depa ni ada latihan khusus sebelum mula kerja. Temanya “if you cannot beat them, confuse them”.

Tuan/ puan, takyah keliru pun. Jumpa set2 ni report pada FB. Tekan 3 dot kat tepi profile dia, dan klik report untuk akaun palsu. Lepas tu klik block pula.

Biaq pi dia meroyan. Kalau orang gila kita masukkan dalam tanjung rambutan kan? Sama la set2 ni. Sejenis jiwa kacau. Troll farm ni kita campak dia ke kancah paling hina, block kan saja.

Biar pening dia nak bukak akaun lain pula.

They rule by fear. Kononnnya. Macam boogeyman juga.

Selagi kita tahu trick depa ni dan tunjuk kita berani melawan, habis la depa. Tak boleh cari makan.

Pesanan khidmat masyarakat, pagi ni untuk tuan puan…

Description: 😊Description: ✌🏼

#jihadmelawantrollarmy #pertahankandemokrasi

Salam hormat,

Liyana Marzuki