WOIII....MUSIBAT PUNYA ADUN SABAH NIH...RAKYAT SUSAH KAMU NAIK GAJI...HABIS KAKITANGAN AWAM LAMA JUGA TAK NAIK...KAU NAK LULUSKAN KAH ?

 



Kenyataan Media

19 Julai 2022

Saya ambil maklum keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Saya kesal dengan keputusan ini sedangkan rakyat sedang bergelut dengan permasalahan kos sara hidup yang tinggi.

Saya ingin mengingatkan semua pemimpin agar sentiasa mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan diri mereka, terutamanya waktu yang sangat memprihatinkan saat ini.

Saya menggesa agar keputusan ini tidak diteruskan dengan mengambilkira kesusahan dan kepayahan rakyat.

ANWAR IBRAHIM