SEBARAN
SEGERA
KENYATAAN
MEDIA BIRO UNDANG-UNDANG PARTI AMANAH NEGARA (KANUN)
Lanjutan
daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara, YB Muhammad
Sabu semalam berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022
yang lalu, pihak Polis hari ini telah hadir ke Wisma Parti AMANAH Negara di
Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Kedatangan
pihak Polis adalah dibuat tanpa tanpa sebarang pemberitahuan awal. Seorang
pegawai Wisma telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman tengahari ini untuk
merekodkan keterangan.
Kami
mengecam tindakan intimidasi yang terus dilakukan oleh pihak Kerajaan BN/PN
pada hari ini walaupun isu yang diperjuangkan khususnya oleh AMANAH ini adalah
bagi kepentingan rakyat keseluruhannya iaitu berkaitan kenaikan harga barang.
Walaubagaimanapun,
kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dan percaya bahawa pihak
PDRM hanya menjalankan arahan sahaja.
Kami juga
percaya sepatutnya pihak Kerajaan memfokuskan pada usaha memerangi sindiket
minyak paket serta jenayah lain yang berkait rapat dengan kenaikan harga barang
dan bukannya sibuk untuk menghalang dan mendiamkan suara dan resah hati
rakyat.
Sekian.
Fadhli Umar
Aminolhuda
Peguam KANUN