SENARAI GANG TOLAK KHEMAH BESAR. LEBIH JELAS TOLAK PARTI CINONET NAK BERTADING 120 KERUSI, TAPI MINTA MACAM MACAM


 (25) Akmal Nasrullah Mohd Nasir – bekas Ketua AMK dan Ahli Parlimen Johor Baharu yang berkelulusan tinggi, mewakili generasi muda pertengahan dan professional yang perlu kita dekati.

(28) Fahmi Zainol – aktivis mahasiswa dan Ketua AMK Permatang Pauh yang boleh menggarap tenaga anak muda, beliau juga kumpulan pelapis pimpinan di Pulau Pinang dan berpengalaman mengemudi AMK di peringkat Pusat.
(29) Simon Ooi Tze Min – aktivis mahasiswa yang datang dari keluarga pejuang (ayahnya pernah ditahan di bawah ISA), ADUN Bakar Arang ini pernah menjawat EXCO Kedah dan membawa pendekatan muhibah pelbagai kaum di dalam dan luar parti.
(30) Romli Ishak – beliau merupakan antara penggerak awal parti semasa penubuhan, kekal setia sehinggalah menjadi tulang belakang Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik TPM semasa Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya.
(33) Tan Kar Hing – seorang lagi pimpinan mahasiswa yang menyertai KEADILAN selepas kekalahan teruk 2004, beliau mewakili generasi baru pimpinan Cina di dalam parti. Pernah menjawat EXCO Perak.
(34) M Anbarasan A/L Murugesu – Ketua Cabang Puchong yang merupakan antara ketua cabang yang paling terkanan di Selangor selepas tiga penggal, beliau mewakili pimpinan akar umbi yang tidak mementingkan jawatan wakil rakyat selagi boleh menyumbang kepada parti.
(38) Muhammad Bakhtiar Wan Chik – bekas Timbalan Menteri Pelancongan ini merupakan tokoh profesional berjawatan tinggi yang meninggalkan gaji lumayan untuk menyumbang kepada rakyat dan parti.
(39) Halim Bachik - Ketua Cabang Masjid Tanah dan Pengerusi MPN Melaka yang mengemudi Melaka menjadi negeri utama KEADILAN walau dalam serba kekurangan, beliau mewakili ketua-ketua cabang veteran yang telah lama membina parti.
(40) Abdul Halim Hussain – EXCO Pulau Pinang yang bersama-sama menubuh dan menggerakkan parti dari awal, beliau mempunyai jaringan yang meluas di kalangan anggota akar umbi seluruh negara.
(41) Wong Chen – bekas peguam korporat yang mewakili golongan terpelajar di dalam parti, Ahli Parlimen Subang ini merupakan tulang belakang kepada penghasilan dasar dan perancangan pentadbiran parti selama ini.
(42) Nurin Aina @ Nor Azrina Surip – Ahli Parlimen Merbok yang merupakan penggerak awal AMK/Wanita KEADILAN sebelum melangkah menjadi pimpinan utama di Kedah, beliau boleh memainkan peranan memperkasakan penglibatan wanita secara umumnya.
(43) Syed Ibrahim Syed Noh – terkenal dengan penglibatan NGO melalui IKRAM dan Maffrel sebelum menyertai KEADILAN, Ahli Parlimen Ledang ini merupakan bekas Ketua Penerangan Pusat dan Pengerusi MPN Johor.
(45) Zahir Hassan – seorang jurutera yang merupakan pimpinan korporat terkanan di kalangan calon-calon yang bertanding, beliau merupakan reformis awal yang kekal bersama parti walaupun ada kerja besar di sektor korporat. Dikenali dengan ketokohan sebagai pentadbir yang cekap hasil dari latar belakang korporat yang beliau ada.
(46) Muhammad Arafat Varisan Mahamad – ADUN Hulu Kinta yang merupakan tokoh anak muda akar umbi yang menggembleng tenaga rakyat memenangi kerusi sukar (undi polis yang tinggi) hasil dari jaringan akar umbi yang dibina.
(48) Che Zam Hamzah – akauntan dan setiausaha syarikat bertauliah, beliau banyak membantu usahawan Bumiputra membina perniagaan di sekitar Lembah Klang. Tokoh reformis lama yang selalu menolak jawatan, tenaga beliau penting untuk menubuh dan menjayakan sebuah koperasi untuk anggota KEADILAN.
(49) Zinda Khalil Sastro Hassan – tokoh usahawan tempatan Kelantan yang menjawat pelbagai jawatan dari bawah (Ketua AMK, Ketua Cabang, Ketua Penerangan Negeri), beliau mempunyai peranan penting untuk membina parti di Kelantan.
(51) Zaidi bin Ahmad – Ketua Cabang Pekan ini pernah menjawat Pengarah Komunikasi Pahang dan dikenali atas kepakarannya melatih jentera pilihanraya, mewakili kumpulan reformis yang mempunyai jaringan akar umbi yang kuat di seluruh negara.
(53) Lee Chean Chung – ADUN Semambu yang juga Bendahari Pusat KEADILAN mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, bermula sebagai pegawai penyelidik kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau dan rakan-rakan merupakan harapan masa depan untuk menarik lebih ramai anggota bukan Melayu menyertai KEADILAN.
(54) Kesavan A/L Subramaniam – Ahli Parlimen Sungai Siput ini telah berada di dalam barisan kepimpinan parti sejak 2007 di pelbagai peringkat dari AMK, MPN dan MPP. Tokoh pimpinan India yang dilahirkan parti dari bawah sehingga berjaya merampas kerusi tradisi MIC di Sungai Siput hasil usaha kerasnya mendekati rakyat.
(55) Gopalakrishnan A/L Subramaniam – bekas ADUN Tiram dan penggiat awal parti di Johor, beliau mewakili pimpinan akar umbi yang setia bersama parti sejak awal pada ketika parti tidak ada kekuatan di Johor.
(63) Mohd Amin Abdul Mem – Ketua Cabang Semporna dan Pengarah Pilihanraya MPN Sabah membina kekuatan Cabang Semporna di tengah-tengah tokoh besar dari parti-parti lain, beliau melambangkan keazaman akar umbi yang mahukan KEADILAN Sabah berdikari dengan kekuatan sendiri.
(64) Gerald Hans Isaac – seniman terkenal negara yang mula berkecimpung di dalam KEADILAN beberapa tahun lalu, beliau mewakili kumpulan anggota baru yang berpotensi membawa idea baru dan menambat hati kumpulan pengundi baru untuk memperkuatkan parti.
(70) Jun Low Hsiad Hui – Ahli Parlimen Hulu Selangor ini merupakan Timbalan Bendahari Pusat dan telah membuktikan kemampuannya merangkum kekuatan pelbagai kaum dan kumpulan sebagai Ketua Cabang Hulu Selangor selama dua penggal, yang melambangkan keunikan KEADILAN sebagai sebuah parti.
(72) Raiyan Abdul Rahim – wanita muda profesional yang menganggotai MPP pada usia muda, beliau terbukti sebagai penggerak akar umbi yang berkemampuan membina jaringan akar umbi dengan cepat. Sumbangan utama beliau adalah membantu membina kembali kekuatan wanita selepas episod pengkhianatan Februari 2020.
(73) Rusnah Aluai – bekas ahli akademik berkelulusan tinggi yang berkecimpung lama di dalam KEADILAN, beliau membuktikan keupayaannya mendekati pelbagai golongan sehingga menang di Parlimen Tangga Batu yang mempunyai antara undi tentera tertinggi di seluruh negara.



No comments: