Coretan hampir setahun lalu.
Harap lebih ramai walaun dan macai baca dan hadam. Kalau rasa
betul, didoakan mendapat “hidayah” jua.
Tak pernah dituntut di mana2, pengundi atau rakyat harus setia
dan taksub kepada parti atau politikus. Itu ajaran sesat namanya.
Setia kita seharusnya kepada negara, bangsa dan agama. Noktah.
Selamat menghadam…
PENTAKSUB
1. Sejak kecil, saya telah didedahkan dengan politik. Tok saya
yang turut membesarkan saya di kampung, peminat tegar Perhimpunan Agong UMNO
(PAU). Saban tahun, setiap kali ada PAU, sepanjang hari la kami dengar
perbahasan di TV. Utusan Malaysia jadi suratkhabar ruji di rumah. Disebabkan
saya suka membaca dan buku masa tu sangat terhad, saya mula baca Utusan sejak
umur 8 tahun sampailah masuk remaja.
2. Mingguan Malaysia surat khabar yang paling saya tunggu setiap
Ahad. Bukan sebab hanya nak baca Pancaindera, tapi saya cukup minat baca kolum
Awang Selamat. Sebab hanya satu naskah yang Tok beli, saya kena tunggu giliran
nak membaca. Selalunya saya dapat paling last selepas tawaf satu rumah di
kalangan makcik dan pakcik saya. Bila dapat Mingguan Malaysia tu rasa cukup
nikmat. Rasa lengkap hidup saya minggu tu selepas dapat baca Mingguan Malaysia.
Punya la nerd dulu2.
3. Tok menyedari saya suka baca ruangan politik, satu hari bawak
balik surat khabar Harakah. Dia kata minggu tu dia beli dua akhbar, Utusan dan
Harakah. Dia suruh baca dua-dua. Saya pun cakaplah dengan dia, saya ni
penyokong UMNO, mana boleh baca Harakah, itu untuk orang PAS. Lalu dia berkata,
nak sokong boleh, tapi jangan sampai jadi PENTAKSUB. Baca pandangan berbeza, agar
minda terbuka. Kata hikmat Tok tu saya akan pegang sampai bila2.
4. Bila dah besar, belajar di law school, kami diajar dengan
subjek Jurisprudence. Kata senangnya, pengajian falsafah dalam undang-undang.
Kami diajar mengenai Marxism, Kapatilism pendek kata segala jenis “…sm”. Masa
diajar, Profesor saya tak pernah kata falsafah ni lagi betul dari yang lain.
Dia suruh kaji dan menilai. Pada dia, setiap falsafah ada baik dan buruknya.
Boleh terpakai dalam keadaan tertentu kalau kena gaya dan tujuannya.
5. Bila dah berkerja jadi peguam dan timbalan pendakwa raya,
saya dilatih “there is always two sides of the coin”. Hujahan yang diberi
mungkin betul pada mata kita, tapi akan ada juga fakta atau hujah lain yang
boleh menidakkan kita. Saya diajar konsep “agree to disagree”. Menerima
pandangan orang lain dan sentiasa “agile” dalam berpikir.
6. Didikan dan latihan yang saya terima, mempengaruhi saya dalam
fahaman dan pendirian politik saya. True to its core, kajian yang dijalankan
oleh ahli psikologi menunjukkan pendirian politik seseorang dipengaruhi oleh
faktor keluarga dan pendedahan dalam kerjaya. Tu sebab kalau tuan puan tengok,
kalau satu keluarga orang UMNO, makanya semua pun ahli dalam keluarga tu “orang
UMNO”. Dari Bapak, Emak dan Anak-anak. Samalah juga, kalau Bapaknya orang PAS,
satu keluargalah orang PAS.
7. Yang cukup paham impak kekeluargaan dalam fahaman politik ni
saya rasa Hadi Awang. Tu sebab Amanat Hadi Awang, suruh kahwin hanya dengan
orang PAS, tak boleh dengan orang lain. Yang lain semua jatuh kafir kalau bukan
Ahli PAS. Parti PAS kalau bab ni sangat terer, dari kecil dah suruh anak masuk
PASTI. Selain daripada mengajar ABC dan Alif Ba Ta, mereka tahu “dogmatism”
dari kecil itu penting untuk lahirkan penyokong parti tegar. Usah cerita PAS, “dogmatism”
dalam UMNO pun sangat kuat. Dari kecil kita diajar, kalau bukan UMNO
memerintah, bangsa Melayu, agama Islam dan Raja Melayu semua tergadai. Kita pun
dari kecil percaya “dogmatism” ini bulat-bulat.
8. Sampai la bila besar, kita boleh menilai mana satu fakta dan
auta. Contohnya, Malaysia ini digelar Tanah Melayu, tetapi masih ke relevan
bilamana Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 12%. Elok2 British masa kita merdeka
rezab kan tanah untuk kita, baru 60 tahun merdeka, tanah tu dah tinggal 12%.
Yang lain semuanya telah dijual atau digadai. Patutnya dalam Dasar Ekonomi
Baru, milikan saham orang Melayu dalam sektor korporat boleh capai 30%. Tapi
sampai la ni, tak tercapai malah makin merudum. Zaman 90an milikan kita dah
capai 19 %, tahun 2011 naik ke 23 % lepas tu tahun 2015 turun ke 16%.
https://www.bharian.com.my/.../tanah-rizab-melayu-tinggal...
https://www.utusan.com.my/.../02/tangani-sabotaj-ekonomi/
https://www.parlimen.gov.my/.../hindex/pdf/KKDR-07112019.pdf
9. Sekarang, melalui Kerajaan kini suara Raja Melayu pun
disekat, perintah Majlis Raja-Raja pun secara halus dilanggar. Jadi mananya,
Kerajaan Melayu Islam ni “pejuang bangsa dan pelindung Raja”? Meskipun UMNO,
Bersatu dan PAS yang memerintah, adakah kita boleh percaya lagi mereka ini
memperjuangkan bangsa dan agama dan bukan hanya untuk pegang kuasa? PAS
contohnya sejak berkuasa taring pembangkang dulu2 nak memperjuangkan Islam itu
dimana? RUU355 Hudud dan isu Adib dah senyap sunyi. Sibuk pulak dengan Mercedes.
Makanya, perlukah penyokong parti ini terus menerus taksub kepada parti,
sedangkan pemimpin mereka berjuang pun dah takde gigi?
10. Berbalik kepada isu kita tadi, sekarang ni isu pentaksub ini
bukan saja kepada parti politik tapi juga kepada personaliti. Ada orang taksub
pemimpin, ada yang taksub uztaz, ada yang taksub influencer. Dalam Bahasa
Inggeris, pentaksub ini digelar “BIGOT”. Bigot ini diambil dari Bahasa
Perancis: “By God”. Senang cerita, mereka yang perasan mereka macam Tuhan.
Hanya dialah yang betul. Orang lain semua salah. Bagaimana kita nak kenal pasti
sama ada kita ni tergolong dalam golongan bigot dan pentaksub? Ini adalah
ciri-cirinya:
i. Kalau kita dengar benda negatif mengenai parti/ orang yang
kita suka, kita yang panas telinga, kita jadi marah tak tentu pasal. Kita boleh
maki-maki dan keluar kata kesat.
ii. Kita tak boleh terima apa saja berita negatif mengenai dia,
dan otak kita cepat2 menidakkan apa sahaja benda negatif yang disampaikan;
iii. Selagi boleh kita nak pertahan atau sokong dia/ parti “by
hook or by crook”, kita lawan semua orang yang berkata sebaliknya.
iv. Kita treat semua yang tak suka parti/ personaliti itu
sebagai musuh, musuh kepada kita. Kita boleh start tak suka atau membenci just
kerana dia lain pandangan daripada kita.
v. Kita banyak guna emosi daripada “akai” dalam menyokong. Bila
diberi fakta mengenainya kita bukan kaji tapi percaya bulat-bulat tanpa usul
periksa.
11. Kalau ada di kalangan kita yang ada ciri-ciri di atas, saya
sarankan banyakkan istigfar. Kita boleh BERKENAN atau SUKA, tapi jangan sampai
jadi TAKSUB. Banyak bezanya tu. Pemimpin sampah memang suka pentaksub, sebab
mereka percaya, apa pun mereka boleh buat, macam mana pun orang akan sokong.
Makanya jadi lah seperti sekarang, kita dapat pemimpin yang kebanyakan tiada
akauntabliti, duduk atas kayangan dan hidup dalam “bubble”. Bukan 100% salah
mereka tapi didorong oleh pantaksub yang akan sokong melulu dan berjuang
habis2an untuk pertahankan mereka.
12. Saya percaya bukan semua parti tu sempurna. Bukan semua
orang itu maksum. Mereka ada kelemahan dan kekurangan juga. Makanya kita perlu
paham, kita boleh suka, tapi jangan sampai lelap mata. Kaji dan selidik.
Periksa dan pertimbang. Kalau lebih baik dari buruknya, kita sokong. Tapi kalau
sebaliknya, kita wajib bersuara dan tentang. Tak kira parti mana dan pemimpin/
influencer mana. Suara keramat demokrasi itu jatuh pada kita, Rakyat biasa.
13. Akhir kalam, elakkan diri menjadi pentaksub / “bigot”.
Sesungguhnya tiada yang nampak lagi buruk dan hodoh dari mereka yang perasan
jadi “Tuhan”.
Wallahu ‘alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki