Bad pergimu adalah kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia.
Jasamu membantu Pasukan memerangi musuh nombor satu negara pastinya tidak akan
dilupakan dan kekal dalam lipatan sejarah buat selamanya.
Anjing jantan spesis Labrado dikenali Bad yang berasal dari
Jerman dibawah seliaan Koperal Willen Slamping@Sirampin itu, merupakan pakar
dalam mengesan pelbagai jenis dadah. Sepanjang perkhidmatan dua kejayaan besar
Bad adalah menumpaskan sindiket dadah pada tahun 2012 dan 2014.
Terima kasih Bad atas khidmati bakti kepada negara selama 11
tahun dalam Unit Anjing Pengesan (K9), Ibu Pejabat Polis Pahang.
Selamat berehat di negeri abadi.
Sumber: JSJ Kontinjen Pahang