Anda jangan jadi miskin di negara ini
BEZA KAYANGAN & MARHAEN
Perbuatan tidak menghalalkan cara. Tiada yg salah dgn keputusan mahkamah… yg bersalah mesti dihukum. Cuma atas dasar insani saya sgt simpati dgn ibu ini yg hanya mencuri milo bernilai Rm73 dipenjara 14 bulan.
Salah tetap salah cuma simpati nilai kecurian yg tak seberapa itu tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah dan seterusnya dipenjarakan. Sdgkan ada bapa pencuri berbillion dtg dgn diiringi, bebas ke sana sini malah hingga ke luar negara.
Org miskin nak lantik peguam tak mampu. Yg mampu mengaku saja bersalah. Jika berkemampuan mungkin peguam wanita ini boleh lanjutkan kesnya hingga tahun 2025 sb kes wanita ini baru sahaja berlaku 5 Mei lalu.
Jika wanita ini ada peguam, bolehlah peguamnya beri pelbagai alasan di sakit demam, sawan, sakit hati dan sebagainya utk tidak hadirkan diri ke mahkamah bagi menangguhkan perbicaraan.
Sebab ada org kayangan tu dah dkt 5 tahun tak selesai2 lagi kesnya. Sebab ada kes itu dkt RM 1 billion boleh pulang separuh utk dibebaskan.
Puan anda tetap bersalah atas apa yg dilakukan. Bezanya Puan segera ke penjara sb Puan tidak mampu utk melantik peguam. Di negara ini kita tidak boleh jadi miskin.
Kita tidak akn dpt keadilan/keistimewaan seperti org kaya dan kita akn mudah ditipu oleh kapitalis2. Jika Puan kaya mungkin cukup pulangkan separuh Milo tu kpd pasaraya tersebut
Bersalah atau tidak
Bukan persoalan bukan sebab
Hanya perasaan
Yang telah terpadam….
Walau apa terjadi
Roda hidup terus berputar
Menjadi teman kita
Menggilis kita