Antara 2 darjat otak. Pertama, Presiden Persatuan Peruncit
Bumiputera Malaysia, Datuk Ameer Ali Mydin. Katanya dalang seludup minyak masak
sukar untuk ditumpaskan. Jadi dia cadangkan agar subsidi dihapuskan terus.
Katanya lagi, subsidi RM4 bilion yang diseludup menjejaskan
lapan juta orang dari golongan sasar yang boleh dapat RM500 setahun untuk beli
minyak masak. Fuh! Macamlah orang dapat duit tu nak beli minyak masak je?
Orang cerita penjimatan bulanan. Sebab tiap bulan ada sahaja bil
yang perlu dijelaskan. Kalau beri setahun sekali, tak adanya orang yang terima
dapat sambil sedikit setiap sebulan masa nak beli minyak masak. Ada logik ke?
Lagi pun, rakyat Malaysia bukan B40 je. Macamana dengan nasib
M40 dan T20? Sedangkan mereka juga ada menyumbang dalam bentuk cukai yang
dibayar setiap bulan? Adakah golongan ini wajar dianak tirikan? Diabaikan?
Kedua, Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia,
Raymond Woo berpendapat sindiket ini boleh ditewaskan. Tapi kerajaan perlu
bekerjasama dengan negara jiran selain perlu diletakkan label 'minyak masak
bersubsidi' dan 'untuk kegunaan rakyat Malaysia sahaja'.
Yang ini aku rasa lebih bijak dan lebih bermatlamat. Takkanlah
sindiket jahat begini tak boleh ditumpas? Jika begitu, apa guna rakyat bayar
gaji kepada agensi yang ditubuhkan? Lemah sangatkah negara kita sampai
kejahatan berleluasa?
Kita sebenarnya boleh nampak beza antara mereka yang jujur mahu
selesaikan masalah dan mereka yang hidupnya hanya membodek. Kalau yang kaki
bodek ni, memang jarang sangat gunakan otak mereka. Guane boh?