Ramalan Daim Zainuddin Pas akan menang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, sementara parti dalam PH termasuk DAP dan PKR akan kehilangan banyak kerusi menjadikan ramai yang seram sejuk dengan ramalan itu terutamanya mereka yang ingin melihat BN tidak kembali berkuasa.
Dalam ramalannya itu Daim juga menyebut parti Perjuang dan Bersatu akan tidak dapat bertahan. Maksudnya hancur dan lenyap dari muka bumi ini.
Selain meramalkan parti agama dapat tambah kerusi Daim tidak meperihalkan keadaan Umno dan BN dalam ramalannya itu. Beliau juga tidak menyebut perihal parti-parti di Sabah dan Sarawak. Apakah UBN dan parti-parti lain sudah bersedia untuk mengambil kerajaan?
Bagi mereka yang cetek ilmu psikolgi politik akan jadi cemas dengan ramalan Daim itu. Baik mereka orang PKR, orang DAP, apa lagi Pejuang dan Bersatu, tentu "mengeritik" tubuh mendengar ramalan Daim itu.
Apa lagi Daim diciterakan sebagai peramal hebat kerana beliau seorang berpengalaman dan konglomerat yang sering kali dikaitkan dengan kuasa dan kewangan serta pakar ekonomi ternama.
Status dan latar belakang itu menjadikan orang muda percaya dengan tutubicaranya. Begitukah lazimnya dalam budaya kita.
Bagaimana pun kalau orang dapat menyelami apakah motif disebalik Daim memperlecehkan PH dan parti Bersatu dan Pejuang itu, ia tidak menjadikan orang ketera lutut. Sebaliknya akan tersenyum selamba sahaja. Daim bijak membentuk suasana sana untuk menjerat apa diburunya.
Bagi saya ramalan Daim itu bersifat politik. Apa yang beliau mahukan ialah supaya parti-parti pembangkang baik dalam PH dan diluar PH bersatu unutk menghadapi UBN dan Pas. Itu tujuannya. Di sini menampakkan akan kebimbangan Daim kalau-kalau UBN kembali berkuasa semua.
Dalam masa sama juga beliau masih lagi menyimpan harapam agar PH berkuasa semula dengan syarat rakan baiknya OT96 berada sama dalam PH, dengan harapan kalau PH berkuasa, beliau terus dapat menjana kekayaan dan menjarah harta benda negara. Itu duduk perkaranya. Faham baik-baik neratif dan misi beliau.
Beliau menggunakan logik Pas akan menang banyak kerusi kerana orang Melayu masih percaya kepada Pas yang menunggangkan agama. Mungkin pendapat Daim itu benar sebelum ini, tetapi tidak untuk kali ini. Selepas Pas berada dalam kerajaan dan sanggup menggadaikan (kompromi) dengan prinsip-prinsip yang dibangga kini, penerimaan orang Melayu kepada Pas muasir ini tidak seperti Daim bayangkan itu. Pas kini juga sedang menghadapi kepupusan, (destruction). Pas sudah meliberalisasikan prinsip dan dasar perjuangannya.
Bagaimana pun pandangan Daim itu ada baiknya untuk melihat parti pembangkang bersatu, tidak berpecah dalam menghadapi UBN, tetapi apa yang perlu diawasi jika pembangkang ingin bersama seperti diidamkan Daim itu, janganlah letak dan menjadikan Mahathir sebagai perdana menteri sekali lagi. Mahathir boleh diterima sebagai pemerhati bukan sebagai coach.
Ingat Daim dan Mahathir adalah kawan baik dan saya pernah menggelarkan Daim sewaktu beliau menjadi Bendahari Umno dahulu, beliau adalah juga bendahari kepada Mahathir Mohamad. Trims.