ANTARA DIUA DARKAT OTAK







Antara 2 darjat otak. Pertama, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera Malaysia, Datuk Ameer Ali Mydin. Katanya dalang seludup minyak masak sukar untuk ditumpaskan. Jadi dia cadangkan agar subsidi dihapuskan terus.

Katanya lagi, subsidi RM4 bilion yang diseludup menjejaskan lapan juta orang dari golongan sasar yang boleh dapat RM500 setahun untuk beli minyak masak. Fuh! Macamlah orang dapat duit tu nak beli minyak masak je?

Orang cerita penjimatan bulanan. Sebab tiap bulan ada sahaja bil yang perlu dijelaskan. Kalau beri setahun sekali, tak adanya orang yang terima dapat sambil sedikit setiap sebulan masa nak beli minyak masak. Ada logik ke?

Lagi pun, rakyat Malaysia bukan B40 je. Macamana dengan nasib M40 dan T20? Sedangkan mereka juga ada menyumbang dalam bentuk cukai yang dibayar setiap bulan? Adakah golongan ini wajar dianak tirikan? Diabaikan?

Kedua, Presiden Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia, Raymond Woo berpendapat sindiket ini boleh ditewaskan. Tapi kerajaan perlu bekerjasama dengan negara jiran selain perlu diletakkan label 'minyak masak bersubsidi' dan 'untuk kegunaan rakyat Malaysia sahaja'.

Yang ini aku rasa lebih bijak dan lebih bermatlamat. Takkanlah sindiket jahat begini tak boleh ditumpas? Jika begitu, apa guna rakyat bayar gaji kepada agensi yang ditubuhkan? Lemah sangatkah negara kita sampai kejahatan berleluasa?

Kita sebenarnya boleh nampak beza antara mereka yang jujur mahu selesaikan masalah dan mereka yang hidupnya hanya membodek. Kalau yang kaki bodek ni, memang jarang sangat gunakan otak mereka. Guane boh?

Raja Gelap