*TERKINI, IRWAN SIREGAR TUDING NAJIB*



*Di USA, Pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner membuat pengakuan rasuah babitkan Najib, Rosmah dan anak²nya dalam skandal 1MDB.*


*Di Malaysia pula, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Kementerian Kewangan), Tan Sri Mohd Irwan Siregar menuding jari kepada bekas bossnya, Najib Razak dalam permohonan untuk ketepikan saman sivil 1MDB terhadapnya sebagai bekas Pengarah 1MDB.*


Kata Irwan 

▪️ bahawa Lembaga Pengarah 1MDB pada masa itu, termasuk saya, tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut arahan wakil pemegang saham iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu)," katanya dalam permohonan itu.


*"DIA TIADA PILIHAN KECUALI IKUT ARAHAN NAJIB"*


Seterusnya, Irwan juga berkata semua keputusan pelaburan atau komitmen kewangan oleh 1MDB, termasuk penstrukturan syarikat dan perkara² berkaitan jaminan kerajaan, adalah dibawah kuasa kelulusan Najib - boom. 


Sudah tentu kita boleh percaya dengan dakwaan si joget ini kerana Najib adalah PM dan juga bossnya sebagai Menteri Kewangan.


*Siapa berani ingkar arahan seorang Perdana Menteri?*


Selain itu, Irwan juga beri alasan² berikut:-


*1. Pelaburan Unit Brazen Sky oleh 1MDB sebanyak USD1.813 bilion belum dibuktikan rugi oleh mahkamah (sedangkan 1MDB dan Kerajaan telah keluarkan kenyataan bahawa unit tersebut tiada nilai dan suatu skim penipuan).*


2. Pembayaran oleh 1MDB sebanyak USD3.5 bilion kepada Aabar PJS belum dibuktikan rugi oleh mahkamah (sedangkan sudah terbukti dalam mahkamah² bahawa syarikat tersebut adalah klon yang tiada kaitan dengan IPIC Abu Dhabi).


 *3. Semasa 1MDB mengalami kerugian, dia belum dilantik sebagai Pengarah 1MDB.*

*APA YANG DIA BUAT SELEPAS MENJADI PENGARAH? Dia juga menjadi Ahli Lembaga Penasihat 1MDB (Pengerusinya Najib) yang tidak pernah bermesyuarat kecuali sekali dua, dan dia cuma mengikuti perkembangan 1MDB dari suratkabar, mengikut pengakuannya dahulu.*


Kesimpulannya, apabila sudah tersepit, orang itu sanggup melakukan apa sahaja untuk cuba melepaskan diri.


Dalam permohonan mengetepikan saman 1MDB ini, nampaknya Irwan rela 'menikam' bosskur nya.


Good luck to si Joget.


https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/368147


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/925840/irwan-serigar-mohon-saman-1mdb-us659-bilion-terhadapnya-dibatalkan


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/610725/tujuh-individu-dilantik-sebagai-lembaga-penasihat-1mdb


https://m.facebook.com/kcdmalaysia/photos/a.198064363614574/1067523066668695/?type=3&locale2=ms_MY


Maklumat lebih lengkap di sini


https://www.theedgemarkets.com/article/irwan-serigar-applies-strike-out-1mdb-suit-files-counterclaim