SIKAP PEMALAS AMAT MEMBIMBANGKAN. KALAU TANYA ORANG BERNIAGA ..MEREKA LEBIH MEMAHAMI ANTARA PEKERJA MELAYU DAN WARGA ASING


NORMAN RADZUAN



Tiada pekerja warga asing pun kita susah

SIKAP ANAK2 MUDA MEMBIMBANGKAN

Saya tak salahkan 100% kebanjiran pekerja asing. Tanpa mereka boleh hancur ekonomi negara. Sebab anak2 tempatan ramai nak kerja gaji besar tapi malas. Kena tegur berhenti kerja. Dapat gaji terus lari… Datang lambat dgn bermacam mcm alasan… bab disiplin hancur.

Cuba tgk pengawal keselamatan dari Nepal atau Bangladesh. Mereka lebih kemas dan berdisiplin. Pengawal kita jam 11 malam ramai yg dah tidur, tak ada di post atau dah pakai singlet je tgh malam. Ini yg diceritakan kpd saya.

Sektor perladangan dan pembinaan kalau tiada pekerja asing hutanlah ladang dan tiada la bangunan pencakar langit. Ini hakikat atau fakta bukan sekadar sindiran.

Begitu juga pekerja2 restoran… anak tempatan kerja sebulan dua hilang. Disiplin entah kemana. Ramai tauke2 restoran mengadu masalah mereka ialah pekerja bukan customer.

Apapun saya berharap perlu ada kawalan pekerja asing. Sebab bimbang ada yg ambil kesempatan kemasukkan pekerja atau buruh asing atas dasar keuntungan dan komisen.

Saya berharap peluang pekerjaan perhotelan, kedai fast food, convenience store hendaklah diberi kpd anak2 tempatan sahaja. Bimbang anak2 muda tempatan hanya menguasai e hailing seperti Food Panda atau Grab Food dan pemandu Grab sahaja.

Isu ini mestilah dibincangkan dlm wacana khas. Ia bukan sahaja soal warga asing tetapi sikap anak2 muda. Jgn pandang remeh jgn sampai terlambat, bimbang anak2 muda yg cerdik pandai belajar ke menara gading hanya minat menyertai politik utk mudah menjadi kaya dgn duit rasuah….

Fikir fikirkan lah jgn anak2 kita esok terpaksa cari duit haram utk hidup. Sb skg ini dari kayangan sampai ke peon makan rasuah. Dari bina bangunan hingga bina jamban ada rasuah. Tak kira yg berseluar yankee atau berjubah… semua tak hairan lagi utk makan rasuah. Malu apa bos ku!