Perhimpunan aman menyediakan ruang kepada rakyat di sebuah
negara demokrasi untuk menyatakan pandangan dan rungutan mereka secara
kolektif.
Hak untuk berhimpun, yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan, memastikan hak rakyat untuk berhimpun dan protes secara aman.
Sepanjang sejarah negara, beberapa perhimpunan awam membantu
dalam memajukan negara, serta dari pelbagai sudut, membantu kerajaan untuk
bertanggungjawab.
Sepertimana Bersih dengan penuh takzim
menjelaskan kepada Sultan Johor berkenaan pandangan mereka
tentang protes jalanan, negara kita juga dilahirkan dari gerakan protes dalam
menuntut kemerdekaan dari British.
Kita mengingati bagaimana Putera-AMCJA (Putera-Majlis Bertindak
Bersama Se-Malaya) menganjurkan hartal aman pada 1947 bagi melobi
“Cadangan Perlembagaan Rakyat” mereka.
Ramai di antara kita juga menyaksikan demonstrasi yang
kebanyakannya aman seperti Reformasi, yang menyeru agar dijalankan reformasi
politik secara meluas, serta perhimpunan Bersih, yang mendesak agar reformasi
pengundian dan penghapusan rasuah dapat dijalankan.
Ramai juga di antara kita merupakan sebagian dari perhimpunan
aman mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) dihapuskan serta protes bagi menyeru gaji minima. Dan jangan
kita lupa juga pada “hartal doktor kontrak” serta protes “tangkap Azam Baki”.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or
auto-donation to Aliran every month or every quarter
Protes rakyat sudah pun menjadi sebahagian dari budaya Malaysia
untuk sekian lamanya.
Misalnya, perhimpunan aman, bersama dengan advokasi berterusan
tentang sesuatu isu, berhasil dalam memastikan reformasi dapat dilakukan. Dalam
banyak hal, perjuangan untuk perubahan tetap akan berlangsung.
Perhimpunan aman, dalam bentuk apa sekalipun, menyediakan ruang
kepada rakyat untuk menyatakan rungutan mereka. Perhimpunan aman sepatutnya tidak
ditakuti atau ditanggapi sebagai ‘rusuhan’.
Sebaliknya, kerajaan sepatutnya menerima dan memudahkan protes aman bagi memastikan suara rakyat dapat didengari.
Melihat kepada keperluan protes aman, Aliran sekali gus terkejut
apabila mendapat tahu bahawa polis menghalang percubaan Majlis Peguam baru-baru
ini untuk berjalan secara aman ke Parlimen bagi mendukung kebebasan kehakiman.
Ini bertentangan dengan beberapa protes dan aksi
berjalan sebelumnya yang dilakukan oleh Majlis Peguam secara
aman bagi melobi sistem kehakiman yang bebas, mendukung hak asasi manusia dan
menentang undang-undang menindas.
Aliran menyeru agar semua pihak untuk mendukung hak untuk protes
secara aman, sepertimana hak untuk berhimpun sudah dimaktubkan di bawah Artikel
20 di dalam Deklarasi Hak Asasi Sejagat serta Artikel 21 di dalam
Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Politik dan Sivil.
Tiada apa yang patut ditakuti dalam membenarkan protes aman
untuk diadakan, tidak kiralah dalam bentuk perarakan atau demonstrasi. Kerajaan
yang matang dengan pemimpin yang bijak akan memahami perkara ini.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 Jun 2022