MOHD AFFENDI ABAS
PLAN A & PLAN B
Rancangan sabotaj Mahathir sudah lama dikesan
BAIK BURUKNYA KERAJAAN PERPADUAN
Inilah ditaktor yg memenjarakan Anwar hingga Anwar teruk dipukul,
dibogelkan dan berpisah bertahun lamanya dgn keluarganya. Anwar maafkan dia.
Anwar bantu Tun setelah diaibkan Najib.
Anwar izinkan Tun bersama PH. Isteri Anwar tolak menjadi PM kerana berpegang
pada janji, Anwar dan PH izinkan beliau jadi PM walaupun parti menang sedikit.
PH benarkan partinya bertanding paling byk kerusi Parlimen....
Tun dulu sabotaj Tunku Abdul Rahman, dia buat Tun Hussein Onn keluar
dari UMNO, dia buat Tun Musa Hitam letak jawatan, dia juga melemahkan kuasa
Raja2 Melayu, dia buat Tan Sri Ani Arope meletak jawatan, dia membuatkan Pak
Lah meletak jawatan, dia telah membuat Najib hilang jawatan PM... dan kononnya
utk Melayu dia sendiri robohkan kerajaan UMNO.
Tun diaibkan apabila Najib menarik khidmat polis trafik, pembantu rumah,
gugurkan jawatan MB Mukhriz, ucapan pentasnya dihentikan polis dan diaibkan di
media saban minggu.
Dia keseorangan ketika itu. Lalu dia dgn muka tidak tahu malu bertemu
dgn Anwar di mahkamah. Meminta izin dari Anwar utk bersama Pakatan Harapan.
Anwar terima kehadiran Tun. Anwar maafkan Tun walaupun anak2nya
melarang. Bila menang dia lupa janji2. Dari dulu dia menipu. Ayatnya..."
Sebenarnya saya sudah berjanji ..98. Kali ini juga dia berkata " Sebenarnya
saya sudah berjanji.'
Bagi saya dia adalah contoh insan yg akan dikenang dlm sejarah sebagai
manusia yg tidak boleh dipercayai. UMNO bijak kerana mencurigai Tun.
Yg pelik mengapa di zaman serba moden dan bermaklumat masih ada yg
percaya ia agenda Melayu. Mengapa kita tidak boleh bekerjasama dgn beberapa
pemimpin Cina yg bersih daripada bekerja dgn pemimpin2 Melayu yg korup hingga
trillion hutang negara ?
Jika sesebuah kerajaan tidak menganggu sistem perlembagaan negara...
berilah siapa pun menjadi PM janganlah kita gusar. Malaysia wajibkan PM dan TPM
mestilah Melayu apa lagi yg dibimbangkan.
Lihat bagaimana di Amerika apabila mereka melantik Presiden dari kaum
bekas hamba abdi mereka walaupun negara Uncle Sam itu masih mempunyai sentimen
perkauman. Ia kerana Perlembagaan Negara tersebut tidak diganggu sepertimana
Tun musnahkan di era pemerintahannya dulu.
Benar ekonomi negara perlahan tapi lihatlah dan fikirlah siapa yg
sabotaj ekonomi negara. Kerajaan yg ada ini dikhinati atau disengajakan lemah
utk mudah menyakinkan rakyat mengapa perlu diubah.
Kita telah lama tahu penglibatan Tun. Tapi demi menjaga akhlak di mata
rakyat agar jgn dituduh rakus, mengkhianati perjanjian ( Konsensus ), Presiden
Parti dlm PH bersabar melihat game Tun. Malah strategi Tun telah dpt dihidu
sebab itu dlm artikel yg lalu saya katakan... saya tetap tidak percaya dgn Tun.
P. Ramlee... " Yang kau percaya orang tua ni kenapa. Kamu kan tahu
dia ini penipu. Muka dia pun muka penipu.
PLAN A
1. Suruh Azmin lawan secara terang terangan. Salah laku Azmin
disembunyikan. Kemudian suruh Bersatu keluar dari PH agar kerajaan PH hilang
majoriti.
2. Dia berlakon kononnya tidak bersetuju tindakan Azmin dan Bersatu agar
PKR, Amanah dan DAP percaya. So dia letak jawatan PM kononnya kecewa dgn Bersatu.
Sebenarnya dia mahu gugurkan semua jawatan2 Menteri Kabinetnya yg 70% dikuasai
PKR, Amanah dan Dap.
Bayangkan jika lebih 20 Menteri dihalau dari Kementerian masing2
tentulah akan membuat rakyat simpati dan pastinya Tun akan dilihat kejam.
Lakonan Tun
hebat
seperti gayanya ketika berkempen bersama PH dulu sebelum PRU. Masih
ingat video ' Atok tiada masa lagi...'
3. Tun berharap PKR, Amanah dan Dap tertipu dan akn mencalonkan beliau
menjadi PM semula.
4. Tun mahu wujudkan kerajaan perpaduan agar dia tidak terikat dgn
konsensus PH. So dia bebas melakukan sesuka hati dan tempoh jawatannya sebagai
PM tidak perlu diungkit lagi.
PLAN B
1. Tun yakin dia akan dicalonkan semula sebagai PM. Tapi perangai
khianatnya sudah dihidu Anwar, Mat Sabu dan LGE apabila dia tidak mahu
mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.
2. Apabila dia mendapat tahu PH ( PKR, Amanah dan DAP ) kesemua solid
mencalonkan Anwar, dia segera membuat Ucapan Khas secara live. Ia adalah signal
darinya utk dirinya dipilih semula...
3. Jika berdasarkan undian Anwar menjadi PM lalu dgn kuasa PM Interim
dia seperti cuba mempengaruhi dgn membiarkan Dewan Rakyat yg memilih siapa PM 8
Malaysia. Sedangkan dulu dia boleh menyerah jawatan PMnya kepada Pak Lah tanpa
perlu ke Dewan Rakyat.
4. Memujuk GPS dan Warisan menyokongnya serta PAS yg dianggap mudah
dibeli berbanding UMNO yg dpt merasai sukar utk bekerjasama dgn Mahathir yg
dianggap manusia yg tidak boleh dipercayai. Apapun jgn terkejut jika UMNO
menyertai semula bekerjasama dgn Tun dgn alasan DAP sudah tidak bersama dlm
kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat kes2 mahkamah pemimpinnya. Mereka bukan
fikir soal bangsa sebenarnya tetapi kes peribadi yg membolehkan mereka
dipenjarakan di Sg Buluh.
a)Kerajaan Perpaduan baik dan buruknya...
Kerajaan perpaduan tidak bagus utk sesebuah negara. Ia akn membuatkan
seorang PM menjadi Ditaktor. Negara yg tidak mempunyai pembangkang sebagai check
n balance sgt tidak baik apatah lagi senario politik di negara kita berbeza.
Benarkah demi Melayu dan agama?
Benarkah demi Melayu? Jika demi Melayu apa yg kerajaan skg buat hingga
Melayu terhina. Adakah Islam terancam? Jika kita amati segala tindakan berunsur
perkauman siapakah Menteri Dlm Negeri ketika itu? Seperti kita ketahui kerajaan
PH sengaja dilemahkan dari dalam bukan sahaja dari ekonomi tapi dari isu2
berbau perkauman.
Jika utk Melayu mengapa Tun bersama PH mahu menjatuhkan UMNO dan PAS
dahulu? Dia berbohong, dia bersama PH atas dendam kesumatnya kpd Najib Tun Razak.
Itu saja.
Kenapa Tun bimbang bersama UMNO?
Pasti kerana anaknya. Apatah lagi mengenangkan nasib Mukhriz selepas
ketiadaan beliau. Mukhriz dianggap tiada pengaruh, junior dlm arena politik.
Jika dia tiada pastinya UMNO akan meratah Mukhriz dan terbuang begitu sahaja.
Benarkah pengaruh Tun PH berjaya memenangi PRU 14?
Tidak malah undian Melayu merosot sekitar 5 % dari PRU 13. Bukti
seterusnya parti Bersatu yg paling banyak bertanding menang tidak sampai 15
kerusi. Melayu tidak sokong Tun.
Benarkah Tun dihalang menggunakan kuasanya sebagai PM?
Yg tidak tahu...Tun memilih Menteri Kabinet mengikut kemahuannya. Malah
memilih Menteri Bersatu sama ramai dgn parti2 PH yg menang besar dlm PRU. Dia
lantik Ketua SPRM, KP, Peguam Negara keputusan dirinya sendiri. Dia lantik MB
dari kalangan partinya walaupun menang 1 kerusi. Malah dia diizinkan menentukan
tarikh yg sesuai utk meletakkan jawatan. Apa lagi halangan dan kekangan dia
sebagai PM?
Akhir kata adakah Malaysia akan 'kiamat' jika Tun sudah tiada? Apakah
kita masih mahu bergantung kpd seorang lelaki tua berusia 95 tahun? Ia bukan
soal menyelamatkan bangsa dan sebagainya ( kata2 utk tujuan politik )... ia
adalah kebodohan kita yg mudah dimainkan dgn persepsi.
Adakah kita fikirkan sampai begitu bodoh, kononnya Anwar menjadi PM
ingin memperkasakan bahasa Cina, nak serah kuasa pada Cina. Anwar itu lebih
Melayu dari Tun... sanggup kena penjara utk Melayu Baling. Perjuangannya utk
Melayu dan Islam hingga lahirnya UIA dan Bank Islam. Lihatlah akhlak keluarga
Anwar. Bukan sahaja sopan budi bahasa dan pemakaian tapi tidak ada yg bergelar
jutawan...